Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips

Friday, February 24, 2012

Pergantungan kepada Allah..



Apabila segala usaha telah dilakukan, maka berserahlah kepada Allah dengan sepenuh –penuh penyerahan…

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…segala puji bagi Allah kerana masih lagi mengizinkan kita untuk bernafas sehingga saat ini, Allah masih lagi mengizinkan kita untuk berdoa memohon keampunan atas dosa-dosa kita sehingga saat ini, Allah masih lagi mengizinkan kita untuk menjadi umat Islam pada hari ini, Alhamdulillah..

                Kali ini, aku ingin berkongsi satu kisah yang aku dengar daripada fellow(warden) yang menjaga arasku di asrama. Satu kisah yang menunjukkan betapa pergantungan kepada Allah itu amat-amat-amat penting.

                Fellowku yang aku sanjungi (kenapa aku menyanjungi beliau akan aku terangkan sebentar lagi) membahasakan dirinya ‘I’ atau kadang-kadang ‘saya’. Baru-baru ini, beliau mengalami kecederaan di kakinya menyebabkan hujung tulang kakinya yang kecil(fibula klo x silap) sedikit patah dan kakinya bengkak. Beliau tidak mampu untuk berjalan agak lama (kurang pasti berapa lama tempohnya). Semakin diurut, kakinya semakin membengkak, beliau semakin bimbang. Pemikirannya sudah mula membayangkan bagaimana keadaannya jika beliau tidak mampu berjalan pada usia yang muda. Hati beliau gusar sehingga pada suatu hari, ibu beliau mendapat ilham untuk mencuba mengurut kaki beliau menggunakan minyak(x tau nme apa). Saat itu, beliau sudah mula berputus asa, hanya tinggal pengharapan kepada Allah.

Katanya, “Ya Allah, kalau kaki ni sembuh, it’s your work la,” (lebih kurang cam ni lah ayatnye)

                Alhamdulillah, kakinya beransur sembuh sehingga sekarang beliau sudah mampu berjalan seperti biasa. Itulah pergantungan kepada Allah dengan sepenuhnya. Apabila kita telah berikhtiar sedaya upaya kita, maka berserahlah kepada Allah kerana hanya dengan izin Allah sesuatu perkara itu akan berlaku.

                Kenapa aku amat menyanjungi beliau? Kerana beliau sanggup meluangkan masa bersama-sama pelajar lain, menyertai program anjuran hisbah(aras) bersama-sama. Ya, mungkin kerana beliau masih lagi single, maka beliau mempunyai banyak masa untuk diluangkan. Tetapi, aku yakin tidak semua fellow yang single sepertinya mampu melakukan demikian, turun padang bersama-sama pelajar. Satu akhlak yang amat bagus bagi seorang pemimpin.

marilah kita mengingati Allah sebanyak-banyaknye..


                Sebab kedua, apabila aku bersamanya, setiap kali sesuatu yang baik berlaku, beliau akan mengucapkan Alhamdulillah, Allahuakbar, Subhanallah atau apa-apa sahaja zikir yang memuji Allah. Sikap beliau seperti itu menyebabkan orang di sekelilingnya turut sama mengingati Allah dan selama hampir 19 tahun aku hidup, jarang aku temui orang sebegitu. Aku sendiri juga jarang mengucapkan Alhamdulillah jika sesuatu yang baik berlaku. Perkataan pertama yang akan disebut ialah “Yes!! Adakah kalian juga begitu?? Kalau tidak, Alhamdulillah..tetapi kalau ya, maka, marilah kita sama-sama berubah, membasahkan lidah dengan zikir. Haiya bina!!

Monday, February 20, 2012

Dedicated to you..



Khas buat lyn, amani, ainee, HBO, alyaa', ainma, syahirah

Assalamualaikum w.b.t sahabat2 yang disayangi dan dirindui kerana Allah, moga kita semua sentiasa dalam redha Allah, insyaAllah..

                Semalam(15 feb) aku menghadiri satu majlis pembukaan Khadijah Festival (K-Fest) di Mahallah Khadijah UIA PJ. Kami menunaikan solat berjemaah, berselawat dan menonton video ceramah 30 minit bersama Ustaz Don. Majlis pembukaan yang boleh juga dikatakan sebagai satu majlis ilmu, more to celebration of Maulud Nabi Muhammad s.a.w..lagu tema K-Fest ialah lagu Jalinan by UNIC, rasanya sume tau kan?? Memang kita biasa dengar lagu tu, bes kan?? Kan?? Rentaknya rancak. Tapi, semalam bila aku dengar lagu itu, betul-betul dengan penuh penghayatan aku membaca lirik lagu yang dipaparkan, ada satu kelainan yang aku rasa..semacam satu peringatan buat aku, membuat hati aku sebak..

Ni chorus lagu tu yang aku sangat-sangat terkesan..
Indahnya jika kita dapat bersama, hidup selalu gembira di dunia ini..
Lagi indahnya jika kita dapat bersama, hidup di dalam gembira di akhirat sana..

Ukhwafillah…bersahabat kerana Allah..saling mencintai kerana Allah..orang yang saling mencintai kerana Allah akan bersama di syurga kelak, insyaAllah..beskan kalau kita dpt bersama dengan org yang kita syg, kat dunia ni?? Tapi2, lagi bes kalau kita jge dpt bersama ngan mereka di akhirat nanti..



Terasa ada satu tangunggjawab besar yang tergalas di bahu ini. Kenapa? Kerana org yang aku syg tidak solat berjemaah bersama-sama aku, tidak menghadiri majlis ilmu bersama-sama aku..Aku sebak apabila menyanyikan lagu itu kerana aku tidak mampu mengajak sahabat-sahabatku yang aku cintai di UIA PJ ini untuk turut sama bersama aku di saat itu, berada dalam satu majlis ilmu yang dipayungi oleh sayap malaikat. Aku sebak kerana aku tidak berdaya untuk mengajak mereka ke jalan tarbiyah bersama aku..aku cuba, namun hidayah itu hanya milik Allah..

                Harapanku, kalian di luar sana..carilah sesuatu yang akan mendekatkan kalian dengan Allah…carilah sesuatu yang akan menambahkan kecintaan kalian kepada Allah..carilah sesuatu yang akan membentuk diri kalian menjadi muslimah solehah..aku amat merindui zaman persekolahan, berada di surau bersama-sama, mendengar tazkirah subuh bersama-sama.. satu kenangan yang sangat bermakna..dan mungkin tidak akan berulang lagi kerana batasan jarak dan waktu..

                Kini, aku berada dalam jalan tarbiyah..aku mengenal usrah, dari situ aku mengenali erti dakwah..dakwah untuk mengajak umat Islam kembali kepadaNya, dakwah untuk mengajak diri aku dan orang-orang yang aku sayang kembali kepada Al-Quran.  Aku masih lagi bertatih dalam dunia dakwah..mungkin aku masih lagi takut-takut, bicaraku masih lagi belum mantap. Jadi, inilah(penulisan) yang aku lakukan sebagai langkah awalku dalam berdakwah..

                Sahabatku, aku tahu kalian mempunyai kelebihan masing-masing. Kelebihan yang cukup mantap yang boleh digunakan untuk menaikkan semula Islam. Maka, aku menyeru diriku dan juga kalian, gunakanlah kelebihan yang ada pada kita dengan sepenuhnya untuk membantu perjuangan Islam..dengan itu, walaupun jasad kita jauh, namun matlamat kita satu, menuju kepada Allah, maka itu sudah cukup untuk membolehkan kita bertemu di syurga kelak, insyaAllah..

Kata-kata terakhir buat penulisan kali ini, hati manusia itu berbolak-balik, mungkin suatu saat imanku akan jatuh, mungkin apabila diuji aku akan tersungkur, maka pada saat itu, hanya kepada kalianlah aku berharap, hulurkanlah tanganmu kepada ku, agar aku mampu bangkit semula..kembali kepada Allah..uhibbukunnafillah..



Daripada sahabatmu di UIA PJ

Sunday, February 12, 2012

Ini Peranan Kita..



Kehidupan itu satu anugerah, maka hargailah ia selagi kita masih lagi diberi kesempatan..

Assalamualaikum w.b.t..

Sahabat-sahabatku,
                Pada hari ini, perjalanan hidupku berjalan seperti biasa, pada waktu pagi aku bangun menunaikan solat subuh, kemudian, pada pukul 9.00 pagi aku ke kuliah, kemudian, makan tengah hari, solat, ke kuliah semula, solat, mandi, solat, study, tidur…begitu sahajakah perjalanan hidupku?? Setiap hari??

                Oh…tidak!!!! Adakah itu sahaja tujuan Allah menciptakan aku?? Solat, belajar, makan, tidur?? Tidak, aku pasti bukan itu sahaja tujuan aku diciptakan. Aku ada tanggungjawab lain..satu tanggungjawab yang sangat besar yang kadang-kadang aku abaikan..
    Yang penting aku tunaikan kewajipan aku, solat fardu, berpuasa pada bulan Ramadhan..itulah tanggungjawab aku, ada tanggungjawab lain lagi ke??
                
                Yup! Aku menunaikan kewajipanku, Alhamdulillah. Aku diberi kekuatan oleh Allah untuk menunaikannya, tetapi bagaimana dengan orang di sekelilingku?? Sahabat-sahabatku?? Saudariku?? Mereka juga menunaikan solat seperti akukah?? Mereka juga menutup auratkah?? Alhamdulillah, aku dikelilingi oleh orang-orang yang menjaga solat dan cara pemakaian mereka, menjaga pergaulan dan tutur kata mereka, insyaAllah.

                Tapi, sudah pasti tidak semua orang yang aku kenal adalah seperti itu. Maka adakah aku perlu membiarkan mereka begitu?? Orang yang mungkin menunaikan solat, tetapi mengabaikan yang lainnya?? Tidak mengamalkan Islam yang sebenarnya?? Itulah tanggungjawabku, tanggungjawab kita semua yang diberi kefahaman, insyaAllah.

                Apa tangunggjawab itu?? Mengajak diri aku dan juga orang lain kembali kepada Al-Quran. Ya, aku tidak sempurna, ibadahku tak sehebat mana, solatku mungkin tidak seberapa, bacaan Al-Quranku mungkin tidak mantap, dosaku mungkin lebih banyak daripada orang lain tetapi adakah itu alasan yang cukup kuat untuk aku berikan kepada Allah kelak seandainya aku disoal tentang tanggungjawabku ini??

                Manusia bukan malaikat, manusia tidak akan mampu lari daripada dosa, manusia tidak akan mampu sentiasa taat kepada Alah seperti para malaikat. Sebab manusia ialah manusia, tidak akan jadi seperti malaikat! Jadi, jika aku ingin menunggu sehingga aku ini sempurna dalam ibadah dan segala-galanya persis seperti malaikat, mungkin masa itu tidak akan tiba. Sampai bila?? Apabila kiamat tiba pun belum tentu amalanku sempurna.

Al-Quran itu satu kitab yang lengkap buat seluruh ummah!


                Jadi, sahabat-sahabatku yang amat aku sayangi, ayuhlah kita berpimpin tangan bersama-sama menuju ke jalan yang membawa kita ke syurga, insyaAllah. Tetapi, adakah kita ingin masuk ke syurga dan membiarkan sahabat-sahabat kita yang mungkin berada di jalan yang menuju ke sebaliknya?? Tidak mahukah kita menghulurkan tangan kita kepada mereka agar mereka juga bersama-sama dengan kita??

                Dalam kita melakukan perubahan ke arah kebaikan, ajaklah orang lain agar sama-sama berubah bersama kita. Mungkin tidak mampu mengajak dengan mulut, kita boleh berdakwah melalui teladan, mungkin boleh berdakwah melalui penulisan, mungkin boleh berdoa untuk sahabat-sahabat kita agar mereka juga diberikan hidayah oleh Allah seperti Allah memberi hidayah kepada kita.

Mungkin kita kecewa, mungkin kita berasakan bahawa perbuatan kita itu sia-sia, tetapi yakinlah pada Allah. Allah tidak melihat pada natijah tetapi Allah melihat kepada usaha kita. Sudah pasti hidayah itu milik Allah dan hanya Allah yang berkuasa untuk memberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Ucapan kita, penulisan kita, qudwah kita dan doa kita itu hanyalah usaha yang kita mampu lakukan sebagai seorang manusia. Itulah tanggungjawab kita, itulah tujuan kita diciptakan, bukan untuk solat, makan, belajar dan tidur semata-mata.



                Ayuh rijal dan nisa’!! Ajaklah diri dan orang lain agar kembali kepada Al-Quran, berpegang kepada agama tauhid yang satu iaitu Islam! Membentuk diri dan orang lain dengan Islam yang sebenarnya!! InsyaAllah!! Allahuakbar!! Lailahaillallah!!

Friday, February 10, 2012

Laukana bainana..


Laukana bainana, maza taf’al?? Seandainya baginda masih ada bersama kita, apa yang kamu akan lakukan??

Assalamualaikum w.b.t..ya isdiqa’(wahai sahabat-sahabatku),
                Permulaan hariku pada hari ini kurang baik, mungkin kerana penyusunan masaku masih lagi belum mantap. Aku tergesa-gesa ingin ke kuliah pada pukul 9.00 pagi dan sekali lagi aku terlupa untuk membaca Al-Mathurat. Tetapi, Alhamdulillah, seusai kuliah pada pukul 10.45 pagi, aku diizinkan oleh Allah untuk membacanya. Amalan yang sekecil itu, begitu sukar bagi aku untuk istiqamah, mana mungkin aku layak untuk bertemu baginda s.a.w dengan amalan seperti itu.
                
                Seorang hamba soleh(kurang pasti apa namanya), apabila ditanya soalan yang sama,

“Jika baginda berada di antara kita, apa yang akan kau lakukan?”

Hamba Allah itu menjawab, “Aku akan lari masuk ke dalam bilik,”

Orang yang bertanya itu hairan, “Mengapa?”

Maka orang soleh itu menjawab, “Mana mungkin aku yang banyak dosa ini layak untuk bertemu manusia semulia baginda Rasulullah s.a.w,”

                Itu jawapan orang yang soleh, maka bagaimana pula dengan jawapan kita?? Walaupun kita ini amalannya tidak sehebat para tabi’in (generasi selepas para sahabat) apatah lagi para sahabat, tetapi baginda tetap menyayangi kita dan mendoakan kita sehingga saat akhir kematiannya dan juga sehingga kini, baginda berada di alam barzakh, masih tetap berdoa untuk kita, insyaAllah.

                Kata ustaz, Rasulullah s.a.w pernah berdoa doa yang khas untuk isteri baginda Aisyah r.a. Maksudnya lebih kurang begini, Ya Allah, ampunkanlah dosa Aisyah bt Abu Bakar, ampunkan dosanya yang lalu dan dosanya akan datang, yang kecil mahupun yang besar, yang tersembunyi mahupun yang kelihatan. Ya Allah, ampunkan dosanya keseluruhannya. Isteri baginda amat gembira apabila mendengar doa itu sehingga mengalirkan air mata gembira, maka Rasulullah bertanya, 
“Mengapa ya Humaira?”

Saidatina Aisyah r.a menjawab, “Mana mungkin aku tidak gembira kerana engkau berdoa khas untuk aku, kerana aku tahu doamu ialah doa yang diterima oleh Allah,”

Rasulullah s.a.w menjawab,” Itulah doaku buat umatku pada setiap malam,”



                Begitu mendalam cinta baginda kepada kita, sentiasa mendoakan kita pada setiap malam sepanjang hidupnya, tetapi bagaimana dengan kita?? Berapa kali kita berselawat ke atas baginda setiap hari? Berapa banyak kita mengamalkan sunnah baginda sehingga saat ini?

Oh ya, bercakap tentang sunnah, aku teringat akan sesuatu. Adakah kita tahu apakah sunnah terbesar baginda Rasulullah s.a.w?? Kakak ‘bulatan gembiraku’ memberitahuku bahawa sunnah baginda yang terbesar ialah dakwah. Rasulullah s.a.w diutuskan untuk berdakwah, menyampaikan Islam, makanya itu juga adalah tugas kita sebagai umatnya. Menyampaikan Islam, mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, itulah tugas sebenar kita. Jadi, sejauh mana kita telah melakukannya?? Fikir-fikirlah! Sekian, moga bermanfaat, insyaAllah..wassalam..


p/s: Kisah-kisah yang diceritakan di atas adalah berdasarkan kepada cerita ustaz yang aku dengari dan fahami semata-mata tanpa merujuk kepada dalil. Jadi, sekiranya ada kesalahan dalam penceritaan itu, mohon diperbetulkan. Maaf atas kekhilafanku dalam mendengar dan menyampai..

Friday, February 3, 2012

Palestine and you…



Islam itu pasti akan bangkit suatu hari nanti, adakah kita hanya ingin menjadi pemerhati atau penggerak kepada kebangkitan itu?

Assalamualaikum ukhti wa akhi..
                Alhamdulillah, pada hari ini kita masih lagi mampu menghirup udara pagi yang segar, menghadiri kuliah dengan aman, makan makanan yang enak bersama teman-teman dan banyak lagi nikmat lain yang mungkin tidak terdapat di negara lain. Alhamdulillah kerana aku diberi kesempatan untuk berkongsi kisah harianku yang seterusnya dan Alhamdulillah kerana Allah membuka pintu hati kalian untuk membaca. Sesungguhnya ini adalah usahaku untuk membawa kita sama-sama kembali kepada Allah, insyaAllah. Moga Allah redha, amin.

                Semalam(30 jan), pihak FRC(Facilitator Representative Coucil) UIA PJ telah menganjurkan sebuah forum bertajuk Palestine and You. Speaker yang dijemput ialah wakil daripada MERCY dan juga wakil daripada AQSA Syarif, dua pertubuhan yang pernah ke Gaza untuk membantu saudara kita di Palestin. Jadi, banyak persoalan yang dilontarkan dan insyaAllah akan aku kongsikan serba sedikit ilmu yang aku dapat kepada kalian.

I'll join this one day, insyaAllah

Sahabatku,
                Knapa isu umat Islam di Palestin sentiasa dibangkitkan? Kenapa tidak isu di Acheh? China? Di sana juga ada umat Islam. Sebab isu Palestin ialah isu yang tidak pernah selesai sejak bertahun-tahun dulu. Whoever rules Palestine will rule the world!  That’s the main point. Palestin ialah hak umat Islam, tanah suci orang Islam, makanya kita perlu mempertahankan hak kita.

Wakil MERCY, Dr Ikram menceritakan pengalamannya bahawa ketika beliau pergi ke Acheh dalam satu aktiviti sukarelawan, seorang mangsa bertanya kepada beliau, kenapa di Acheh? Kenapa umat Islam? Sama juga keadaan di Gaza, seorang penduduk di sana bertanya kepadanya, kenapa mereka diserang, sedangkan Allah menjanjikan rahmat kepada umat Islam. Allah pilih bencana alam atau peperangan berlaku di negara Islam sebab Allah mahukan respond kita kepadaNya, buat sesuatu untuk bantu saudara seagama, bukannya duduk di hadapan televisyen, menonton berita dan berkata, “Kesiannya mereka,” kemudian fullstop. Itu sahajakah yang kita dapat lakukan? Seandainya begitu, adakah kita ini layak bergelar seorang Muslim?

Kenapa umat Islam pada hari ini kurang cakna tentang isu di Palestin? Encik Azmi, wakil daripada AQSA Syarif menjawab, “Orang Islam bukan tak ambik cakna isu Palestin sahaja tapi tak ambik cakna isu seluruh umat Islam,” Kenapa? Kerana leka dengan kesenangan. Mungkin kita rasa negara kita tidak diserang atau tidak ditimpa bencana alam kerana kita ini bagus, jadi Allah tidak menghukum kita. Seorang penduduk di Gaza pernah berkata kepada En Azmi, “Aku tak kisah tentang aku di sini kerana insyaAllah, aku diberi peluang untuk syahid di jalan Allah tetapi aku bimbangkan kalian yang diuji dengan kesenangan. Nah! Itulah pemikiran mereka, kesenangan kita di Malaysia ini adalah satu ujian kepada kita dan kebiasaannya ujian kesenangan itulah akan lebih melalaikan kita dan melupakan kita kepada Allah. Agenda yahudi, mencipta game-game percuma di FB, internet supaya kita leka. Walaupun kita tidak membayar mereka dengan wang tetapi kita membayar mereka dengan masa kita ketika bermain game itu, dan itulah matlamat mereka! Untuk melalaikan kita agar kita tidak ambil peduli isu saudara kita!
                
               Bila isu Palestin akan selesai?? Isu ini akan selesai dengan sendirinya. Umat Islam akan bangkit semula, sejarah Islam akan berulang! Itu janji Allah, Palestin akan menang suatu hari nanti. Islam itu akan berada di atas suatu hari nanti! Persoalannya, adakah kita ingin menjadi pemerhati kepada kebangkitan itu atau penggerak kepada kebangkitan itu?? Tepuk dada tanya iman. Jika inginkan pahala lebih, jadilah penggerak (^_~)



               
                Mungkin sebagai pelajar, tidak banyak yang kita dapat lakukan. Bagi yang berjawatan di kampus boleh mengadakan program seperti yang diadakan di UIA PJ, bagi manusia biasa seperti aku?? Inilah usahaku, mungkin tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya aku sudah mempunyai jawapan di hadapan Allah jika Allah menyoalku tentang isu di Palestin. En Azmi berkongsi kisah nabi Ibrahim a.s ketika baginda dibakar hidup-hidup oleh kaum musyrikin. Api menyala sangat marak. Kemudian, ada seekor burung kecil mengambil air daripada sungai lalu dititiskan ke atas api yang marak itu. Lalu ada makhluk lain(aku kurang pasti) yang berkata kepadanya, “Sesungguhnya, perbuatanmu itu sia-sia, air yang sedikit itu tidak akan mampu memadamkan api yang marak itu,” jadi burung tu jawab,” walaupun air ni hanya setitis tetapi sekurang-kurangnya aku sudah mempunyai jawapan apabila aku disoal oleh Allah tentang peristiwa ini,”

                Sama ada api itu terpadam atau tidak, itu urusan Allah. Dia boleh lakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Allah mentakdirkan bahawa api itu akan sejuk, maka itulah yang terjadi. Apa yang dilakukan oleh burung itu tidak penting sebenarnya tetapi kenapa burung itu tetap melakukannya? Kerana Allah menilai kepada keikhlasan bukannya menilai kepada keputusan kerana keputusan itu terletak kepada Allah. Begitu juga dengan situasi umat Islam pada hari ini. Allah janji bahawa Islam itu akan bangkit, makanya Islam itu pasti akan naik. Kita semua ini tidak penting untuk kebangkitan Islam kerana Allah mampu melakukannya sendiri. Tetapi kenapa Allah tidak melakukannya sekarang? Kerana Allah ingin memberi kepada kita peluang untuk mendapat pahala. Makanya, mengapa kita ingin mensia-siakan peluang itu? Allah ingin menguji sejauh mana keikhlasan kita dalam beragama. Walaupun apa yang kita lakukan itu mungkin hanya secubit tetapi selagi mana hati kita ikhlas, insyaAllah akan menjadi saham kita di akhirat kelak, wallahu’alam. Sekian, wassalam…