Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips

Tuesday, March 27, 2012

I Think of You



When the seasons change, in the monsoon rain,
When a newborn cries, in his mother’s eyes,
I think of You…
Miracles are everyday,
The moon will come, as the sun will fade,
Forever this way….
When the seasons change, in the monsoon rain,
When a newborn cries, in his mother’s eyes,
I think of You…I think of You..
SubhanaAllah…
A seed that grows, from a tiny shell..
Becomes a tree, feeding you and me..
Here for our need..

Part of I think of You lyrics by Mesut Kurtis feat Irfan Makki..

For me, it’s a very nice song, making me appreciate the miracles happen around me..yes, everything is a miracle, you are able to walk, able to talk, able to smell, able to breath, you can feel pain, you can feel love, those are miracles! No one can create exactly like that except HIM! SubhanaAllah!

the scenery that i love the most, waterfall!!

Look around us and feel the greatness of The Creator…look at the sky, you will feel He is very close to you. Seriously! Just try and feel the calmness! (^_^) always remember Allah in every second and every breath that we have, so that Allah will always remember us, insyaAllah

“Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu…” (2:152)

Wah!! Very sweettt!!! Isn’t it?? He is the most Gracious and the Most Merciful. His love cannot be compared with anyone else. So, let’s grab the love! Find His love! And Allah will help the people who want to seek for His love!! Believe it!! SubhanaAllah, Alhamdulillah, LailahaillAllah, Allahuakbar!! May Allah bless us..


Sunday, March 25, 2012

Hargailah dirimu..hargailah mereka..



 Assalamualakum w.b.t..Alhamdulillah, hari ini aku menghadiri satu majlis kenduri doa selamat di rumah salah seorang sahabatku..dlm perjalanan ke sana, aku mendapat satu mutiara ilmu yang akan aku kongsikan di sini, insyaAllah..

Untuk ke rumah sahabatku, aku perlu menaiki LRT drpd LRT Universiti ke Taman Melati. Jrknya agak jauh, mengambil masa lebih kurang 40 minit. Dlm perjalanan ke Taman Melati, aku sempat bersembang dgn seorang mak cik yang sdh agak berumur..mybe boleh dikatakan nenek lah..kami mempunyai destinasi yg sama..katanya mahu menemui cucunya di Taman Melati. Kemudian, mak cik itu bercerita tentang keluarganya, sahabat baiknya..panjang lebar ceritanya, walaupun tidak semua yang aku fahami namun aku hanya mengangguk dan mendengar dengan setia.

Sahabatku yang juga bersama-sama ku ingin ke rumah sahabat kami hanya melihat aku berbual bersama mak cik itu. Sebaik sahaja kami tiba di destinasi, aku bersama sahabatku serta mak cik itu keluar daripada LRT. Kemudian sahabat aku berkata, “Semangat mak cik tu bercerita,”

Aku hanya mengiyakannya. Kemudian sahabatku menyambung, katanya, “Biasalah, orang tua, memang suka bercerita,” bermulalah satu perkongsian mutiara ilmu..

Sahabatku menyambung, ceritanya..dia pernah membaca satu buku, dalam buku tu menceritakan sesuatu..katanya ada org mengadu kepada ustaz (penulis) bahawa dia sudah penat mendengar ibunya yang sudah tua bercerita kepadanya, balik-balik ulang benda yang sama, orang itu menjadi bosan. Kemudian ustaz itu menyatakan bahawa kita sebagai anak, itulah jasa yang kita boleh lakukan, iaitu menjadi pendengar yang setia, walaupun mungkin setiap hari kita mendengar benda yang sama daripada mulut ibu, jadilah pendengar yang setia, itu juga dikira berbakti kepada ibu. 

Ya, ibuku mungkin masih muda, jadi aku tidak tahu, mungkin aku juga tidak mampu menjadi pendengar yang setia buatnya apabila ibuku mencecah usia tua. Namun, aku memohon Allah memberi kekuatan, agar aku dan juga adik-beradikku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, dulu, kini dan selamanya, selagi hayat dikandung badan, insyaAllah..

Kemudian, ada orang lain menasihatkan bahawa hargailah ibu yang masih ada, kerana dulu ketika ibunya masih hidup, dia juga bosan mendengar cerita-cerita ibunya yang berulang-ulang, namun sejak kematian ibunya, dia rindu..rindu untuk mendengar celoteh ibunya..tapi, tiada apa yang mampu dilakukan melainkan penyesalan..

Manusia, selalu mengambil mudah akan sesuatu..terutama apabila kita mendapat sesuatu itu dengan mudah. Contoh paling mudah, seperti keluarga kita sendiri, apabila berjauhan baru ingin berbuat baik tetapi apabila mereka di hadapan kita adakah kita melayan mereka dengan baik?

Kaitkan dengan agama..mungkin orang melayu yang lahir dalam keluarga Islam secara automatiknya akan menjadi Islam, setiap hari kita dilimpahi cahaya Islam dalam hidup kita sehingga kita tidak mampu merasai nikmat cahaya itu. Sebab itu, selalunya orang mualaf (yang baru masuk Islam), mereka lebih mantap daripada kita dari segi akidah kerana mereka pernah merasai kegelapan (kekufuran) dalam kehidupan mereka. Mereka pernah merasai betapa tidak seronoknya berada dalam kegelapan, dan Islam datang memberi cahaya kepada mereka yang teraba-raba di dalam kegelapan itu.

Aku mengingatkan diriku dan kalian, hargailah setiap sesuatu yang kita miliki, hargailah orang yang kita sayangi selagi mana mereka masih bernafas di atas muka bumi ini, hargailah setiap nafas kita..nikmat iman dan Islam..hargailah segala-galanya, sebelum kita kehilangan segala-galanya..nauzubillah..

wallahu'alam..wassalam..

Thursday, March 15, 2012

Hati ini..kenapa??



Kadang-kadang pernah tak terasa ada sesuatu yg tidak kena,
Rasa bahagia, tapi x berapa bahagia,
Rasa gembira, tapi sebenarnya tidak gembira,
Rasa nak sesuatu, tapi tidak tahu nak apa…
Hmmm…pernah ke rasa seperti itu????

Kalau pernah, maksudnya hati kita sedang mencari fitrah..
Fitrah hidup bertuhan..
Hati kita memerlukan pengisian,
Pengisian rohani,
Hati kita sedang kehausan,
Kelaparan dengan makanan rohani..
Jiwa kita kosong..

Begitulah jiwa manusia yang jauh daripada Tuhan..
Hari-hari berlalu bagaikan tiada makna..
Tidak membawa sebarang erti kepadanya..
Hidupnya seperti lalang..
Meliang-liuk mengikut arah angin..
Hidup tanpa matlamat..
Hanya mengikut arus kemodenan..
Orang lain ada kereta besar..
Kita pun nak beli kereta besar..
Orang lain ada rumah seindah istana..
Kita pun nak rumah seperti itu..
Orang ada tu, kita pun nak..
Orang ada ni, kita pun nak..
Sampai bila?? Sampai mati??
Sampai mati begitu??

Jika begitu,
Apa makna kehidupan??
Kita hanya diciptakan semata-mata untuk itu??
Kita hanya diciptakan semata-mata untuk merasai kemewahan??
Kegembiraan berada di dunia??
Maka bagaimana dengan orang miskin??
Orang yang menderita?
Adakah mereka juga dicipta untuk merasai keindahan hidup di dunia??
Jika ditanya kepada orang miskin..
Adakah mereka bahagia??
Tidak!!

Manusia tidak mungkin bahagia tanpa memenuhi fitrahnya..
Manusia miskin akan bahagia jika dia dekat kepada Tuhan..
Manusia kaya akan bahagia jika dia patuh hanya kepada Tuhan..
Manusia menderita penyakit akan bahagia jika dia yakin dengan janji Tuhan..

Manusia…
Hanya akan bahagia hanya dengan kembali kepada Tuhan..
Kembali kepada Pencipta..
Kerana hanya Pencipta yang tahu perkara yang diperlukan oleh makhluk ciptaanNya..

Maka saudara dan saudariku…
Kita ialah manusia..
Manusia yang memerlukan Allah dalam kehidupan kita,
Manusia yang hanya akan mendapat kebahagiaan hakiki..
Dengan kembali kepada Allah…
Kembali kepada Al-Quran..
Kembali kepada Sunnah..
Kerana..
Pada hakikatnya..itulah yang kita perlukan.. 

Friday, March 2, 2012

kuatkan semangatmu!!



Assalamualaikum w.b.t…

Pada saat ini, aku agak kecewa dengan kejadian yang berlaku di sekeliling aku. Jadi aku menulis ini untuk menaikkan semangat aku..semangat untuk berdakwah!! Moga boleh meningkatkan semangat dakwah kamu juga (^_^)

                Salah seorang ahli Aqsa Syarif pernah berkata dalam sebuah forum yang diadakan di tempat pengajianku, “Seorang warga Palestin berkata kepada saya,

“Aku tidak bimbangkan orangku di sini(Palestin), tetapi aku bimbangkan orang Islam di tempatmu,” saya hairan jadi saya bertanya kepadanya, “Kenapa?”

Maka warga Palestin itu menjawab, “Kami di sini diuji dengan peperangan, berpeluang untuk syahid di jalan Allah namun kalian diuji dengan kenikmatan dan kesenangan, ujian itu akan lebih mudah melalaikan kalian,”
Okey, setakat itu kata-kata ahli Aqsa Syarif itu. Hal lain, juga berkaitan dengan Palestin. Aku pernah baca satu buku bertajuk Sinergi karya Hilal Asyraf, di dalam buku itu ada menyatakan lebih kurang begini..
“Rakyat Palestin tidak mengharapkan kita membantu mereka di sana, tetapi cukuplah dengan mengukuhkan 
akidah masyarakat kita”

That’s it!! We have to strengthen our aqidah!! And aqidah of community!! But, how??????

Mari kita buka buku sejarah Islam..bagaimana Rasulullah s.a.w mengukuhkan aqidah umat, menegakkan kalimah syahadah (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah).
Pengukuhan akidah berlaku dengan proses tarbiyah secara berterusan. Gimana?? Dengan berusrah!! Apabila adanya usrah, akan adanya orang yang akan ‘follow-up’ kita. Perubahan ke arah kebaikan bukanlah sesuatu yang mudah. Syaitan jin dan manusia akan sentiasa menghasut kita, menghalang kita untuk berubah. Makanya, kita tidak boleh sendiri, kita perlukan orang yang sefikrah(satu pegangan) dengan kita. Ahli-ahli usrah itulah orang yang sefikrah dengan kita, insyaAllah..

Jadi, kesimpulannya..marilah berusrah!!!

Untuk mengajak tidak semudah mengatakannya. Jadi aku fikir, walaupun hanya seorang sahaja daripada seribu orang di tempatku yang mahu bersama-sama aku, aku perlu teruskan perjuangan..kerana mungkin dengan seorang itu akan lahirnya orang-orang lain, insyaAllah..dan jika Rasulullah berada bersama kita sekarang, aku yakin baginda tidak akan membiarkan masyarakat pada hari ini terus leka. Aku yakin baginda akan terus mencari ikhtiar untuk merawat akidah masyarakat. Maka, aku juga perlu begitu!! Dan kamu juga!! Kita bukan sahaja perlu menjadi ummat yang bangga dengan Rasulullah s.a.w tetapi kita juga perlu menjadi umat yang dibanggakan oleh baginda!!

Ya Allah berilah kekuatan kepadaku dan semua orang yang berjuang untuk menegakkan agamamu agar kami terus berada di jalan ini. Bantulah kami dan bimbinglah kami, sesungguhnya tiada kekuatan melainkan dengan pertolonganMu..amin