Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips

Thursday, June 27, 2013

Kewajipan lebih banyak daripada ms yang ada..


Assalamualaikum!!! Uhuk, uhuk...da 2 bln lbey x buka belog nih..mmg comfirm da berhabuk..kekekekeke

"X sempat la nak tulis belog,"

"X sempat nak buat tu,"

"X sempat nak buat ni,"

Alasan yg ana pernah bg kat sesorang...

Jawapan yg dy bg.."Masa tu ada je klo betul2 usaha,"

Aduh!! Rasa cam kena hempap ngan guni beras 50 kilo..wahahahaha...

Hmm...ble renungkann.......memang...kite x de ms sebab ms tu kte gne tuk????

-tido terlebih
-bka laman mukabuku lama-lama
-baca novel jiwang
-pusing2 dalam mall tanpa tujuan

mahu lg?? anda listkanlah sendiri..

Petik kata2 Imam Hassan Al-Banna (utk sedapkan hati)
"Alwajibat akhtaru minal auqat..kewajipan lebih banyak drpd ms yg ada"

Betul!!! TAPI....

cuba kita renungkn...
Adakah setiap saat yg kita luangkn ini adalh utk Islam??
Adakah setiap nafas yg kita hembus itu kita memperjuangkan Islam??
Adakah setiap tindak tanduk kita itu untuk menyebarkan Islam??
Adakah keputusan kita itu akan menymbang kpd kebangkitan Islam???

Adakah??????????

Walhal inilah kewajipan yang dimaksudkan oleh Ustaz Hassan Al-Banna..

Allahu..air mata mengalir laju T.T

#Moga Allah terus memberi kesempatan utk ana mengarang dan mengaktifkan belog ini..amin


Saturday, April 20, 2013

bab 2


“Hoi Hafiz! Nak ke mana?” kedengaran satu suara yang garau daripada bawah pokok. Pagi itu, Hafiz dalam perjalanan untuk ke rumah salah seorang penduduk kampung untuk dibaiki atapnya.

“Aku nak pergi kerjalah,” Hafiz menjawab pendek. Dia tidak mahu membazir masa dengan orang yang kurang dikenalinya itu. Orang tersebut bernama Rizal, pernah menjadi senior sekolahnya namun dibuang sekolah kerana melakukan kes disiplin yang melampau.

“Ala, jom la lepak sini dulu, sembang-sembang jap,” Rizal memujuk. Mungkin mencari teman untuk melepak bersama.

“Mana kawan kau yang lain?” Hafiz bertanya kerana kebiasaannya Rizal akan melepak bersama kawan-kawannya sambil bersembang dan bergelak ketawa. Kadang-kadang mereka akan menganggu penduduk kampung yang lalu berdekatan tempat lepak mereka.

Rizal mengangkat bahu. “Entah, masjid mungkin,” Rizal tersengih menampakkan giginya.

“Jom la duduk sini,” Rizal masih memujuk.

“Aku ada kerja,” Hafiz serba salah.

“Ala, lepak sekejap je. Aku bosan ni,” Rizal masih lagi tidak mengalah.

Hafiz menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Keliru untuk membuat keputusan.

“Aku ada sesuatu untuk kau,” Rizal cuba mengumpan Hafiz.

“Apa dia?”

“Nah,” Rizal menghulurkan sebotol air.

“Air apa ni?” Hafiz bertanya ragu-ragu.

“Rasa dulu. Lepas minum semua masalah hilang,”

“Kau jangan buat lawak. Kau letak sihir apa dalam air ni sampai boleh hilangkan masalah?” Hafiz masih tidak mempercayai lelaki di hadapannya itu.

“Ni arak la, arak. Tahu?” Rizal berterus- terang.

“Kau…kau minum arak?” Hafiz terkejut. Walapun dia tidak habis bersekolah, dia juga tahu bahawa arak itu haram.

“Ye!” Rizal berkata tanpa segan silu.

“Ala, nanti dah tua kita bertaubat la. Waktu muda hanya sekali. Waktu ni la kita nak berseronok!” Rizal berkata lagi. Kelihatan seperti orang mabuk lagaknya.

“Nah, rasalah,” Rizal menawarkan air itu sekali lagi.

“Tak nak, terima kasih,” Hafiz menolak.

“Ala, kau ni….bosan la,”
“Meh, duduk sini,” Rizal menarik tangan Hafiz.

Hafiz yang tidak menyangka tindakan Rizal itu terdorong ke hadapan, terduduk di sebelah Rizal. Tangan Rizal diletakkan di atas bahu Hafiz.

“Kau tengok dunia ni, cantik kan?” Rizal bertanya sambil menunjuk ke arah langit dan pokok yang berada di sekitar mereka.

“Kau tahu, Tuhan cipta dunia ni cantik-cantik bersebab.  Supaya kita boleh berseronok atas dunia ni sebelum mati,”

Hafiz hanya mendengar kata-kata orang yang pernah menjadi senior sekolahnya itu. Rizal memberitahunya perlbagai perkara yang tidak pernah terfikir olehnya sebelum ini. Hafiz semakin galak mendengar falsafah – falsafah daripada Rizal sehingga terlupa akan kerjanya tadi.

Beberapa jam kemudian..

“Alamak! Aku terlupa, aku dah janji nak baiki atap Pak Seman,” Hafiz berkata. Dia baru teringat akan perkara itu.

“Esok kan ada. Kau pergi je la esok,” Rizal masih belum puas bercerita kepada Hafiz.

“Tak, aku dah janji hari ni,” Hafiz bertegas.

“Aku pergi dulu, esok aku datang lagi,” Hafiz terus berlalu dengan basikalnya.

Sejak hari itu, hampir setiap hari Hafiz melepak bersama Rizal terutama sekali selepas Iman Hafizah pulang semula ke sekolahnya di Kuala Lumpur. Hafiz sebenarnya tidak mempunyai ramai kawan melainkan adiknya seorang sahaja. Dia tidak berkesempatan untuk bergaul dengan remaja-remaja di kampungnya dek kerana sibuk berkerja mencari duit. Namun, sejak melepak bersama Rizal dia merasakan bahawa dia mempunyai teman. Sebab itu jugalah yang mendorongnya untuk menghabiskan masanya bersama Rizal. Tetapi, dia belum pernah menyentuh air yang ditawarkan oleh Rizal itu.

**********************************************************************************
Pada waktu yang sama di daerah yang berbeza…

“Kamil, ana..” Muaz seperti mahu berkata sesuatu tetapi ragu-ragu.

“Ya, akhi. Kenapa dengan enta. Muka berkerut, macam ada masalah berat yang tertanggung,” Kamil bertanya. Bimbang melihat sahabatnya seperti itu. Kebiasaanya, Muaz adalah orang yang cool dan ceria.

Muaz menelefon Kamil seawal 7.00 pagi tadi. Katanya ingin bertemu Kamil kerana ada sesuatu yang sedang menganggu pemikirannya. Kamil bimbang kerana suara Muaz di talian amat berbeza. Muaz resah, seperti ditimpa masalah yang sangat berat. Mereka berjanji untuk bertemu di Radix Fried Chicken berdekatan bangunan Yayasan Terengganu.

“Ana perlukan pendapat enta. Tapi, enta perlu berjanji supaya enta akan bersangka baik dengan ana,” Muaz memandang sahabat di hadapannya itu. Matanya memandang tepat ke dalam mata Kamil, mengharapkan pengertian daripada sahabat yang amat disayanginya kerana Allah itu.

“Baik, insya Allah,” Kamil mengangguk sambil tersenyum.

“Ana terpandang seorang perempuan di fakulti kita dan sejak beberapa hari ini ana asyik terbayang mukanya. Ana cuba melawan, istighfar, menyibukkan diri namun bayangannya masih belum hilang. Ana buntu. Ana takut perasaan ini menyebabkan ana makin menjauh dengan Allah. Ana takut perasaan ini akan menganggu kerja dakwah kita, tanggungjawab kita,” Muaz meluahkan segalanya. Suaranya sedikit sebak, menunjukkan bahawa dia memang rasa bersalah dengan perasaannya itu. Air yang dibeli di hadapannya tidak terteguk lagi dek kerana masalah itu.

Kamil tersenyum lagi. Barulah dia mengerti. Kamil yang pada mulanya duduk bertentangan dengan Muaz beralih tempat untuk duduk di sebelah Muaz. Tangannya memeluk bahu Muaz. Rasa lebih dekat.

“Mungkin enta sudah bersedia untuk menikah,” Kamil berkata kepada Muaz.

Muaz memandang Kamil, terkejut dengan kata-kata itu.

“Belum, ana masih belum mampu. Ana masih tidak bersedia,” Muaz menafikan.

“Hmmm….kalau begitu,” Kamil berfikir panjang sambil mengusap dagunya yang ada beberapa helai janggut.

“Berpuasalah,” Kamil memberi cadangan.

“Ya, ana sudah mengamalkannya,”

“Macam mana dengan amalan harian? Solat, Al-Quran,Al- Mathurat, Tahajud? Semuanya terlaksana?”

“Alhamdulillah, ana masih mampu,” Muaz mengangguk.

Kamil berfikir lagi, menyusun kata-kata yang terbaik untuk disampaikan kepada sahabatnya yang sedang dilanda masalah itu.

“Hmm…lapangkan hati enta, ana mahu berkongsi satu rahsia,” Kamil membetulkan kedudukan, kelihatan lebih serius lagaknya.

Muaz juga begitu.

“Sebenarnya, ana juga pernah mengalami apa yang enta rasa. Ana tahu ujian ini memang satu ujian yang sangat berat, namun insyaAllah apabila enta sudah mampu mengatasinya, enta akan mendapati bahawa ujian ini hanyalah kecil jika dibandingkan dengan ujian untuk mengislah manusia. Cinta adalah lumrah, satu fitrah yang sangat suci Allah ciptakan buat manusia dan kita tidak boleh menafikannya. Namun, jika kita belum mampu mungkin kita perlu ketepikan dahulu rasa itu. Sibukkan diri kita dengan kerja-kerja dakwah supaya kita tiada masa untuk teringat kepada si dia. Akhi, di luar sana masih ada banyak jiwa yang ingin kita sentuh, masih banyak jiwa yang sedang mencari-cari tujuan hidup mereka, masih banyak kerja yang perlu kita lakukan. Masyarakat di luar sana memerlukan kita,” Kamil menepuk bahu Muaz berulang kali.

Muaz mengangguk-angguk. Wajahnya kelihatan lebih lega berbanding sebelumnya.

Kamil bersedia untuk menyambung, “ Akhi, mungkin kita mampu melaksanakan amalan harian kita seperti biasa, namun adakah kita betul-betul ikhlas melakukannya kerana Allah atau semata-mata untuk memenuhi kotak mutaba’ah amal kita? Perlukan masa dan latihan untuk membentuk keikhlasan, dan berdoalah kepada Allah, mintalah kepada Allah kebenaran dan kesabaran. Moga Allah melindungi kita daripada cinta yang berlandaskan nafsu semata-mata. Allah kan ada,”

Mengalir air mata Muaz apabila mendengar kata-kata Kamil.

“Jazakallahkhair, enta memang murabbi terbaik ana!” Muaz memeluk sahabatnya, rapat dan erat. Muaz merasakan ukhwah itu amat bermakna baginya, satu hadiah daripada Allah yang tidak ternilai harganya.

Friday, April 12, 2013

bab 1


Kaki Ahmad Hafiz  laju mengayuh basikal usangnya pulang ke rumah. Penat bekerja tidak mematahkan semangatnya untuk mengayuh. Hafiz sebenarnya tidak sabar ingin menatap wajah satu-satunya adik perempuan yang baru sahaja pulang daripada sekolah yang terletak di ibu negara. Hampir enam bulan dia tidak menatap dan mendengar gelak tawa adik kesayangannya itu yang hanya muda setahun daripadanya. Hafiz sanggup mengorbankan waktu persekolahannya untuk bekerja dengan bertukang dan membina rumah demi menyara yuran persekolahan adiknya kerana hasil jualan kuih ibunya tidak mampu menampung perbelanjaan yang besar itu. Ilmu pertukangan itu diwarisi oleh bapanya, Kamarul yang telah meninggal dunia sejak Hafiz berusia 15 tahun.

Sebaik sahaja tiba di rumah, sebelum sempat turun daripada basikalnya…

“Iman Hafizah!!!! Abang kamu datang!!!!” Hafiz menjerit kuat.

Iman Hafizah yang sedang makan bersama ibunya di dapur tersenyum. Oleh kerana rumah mereka hanyalah kecil, maka suara itu dapat didengari dengan jelas. Iman amat mengenali suara itu. Suara seorang abang yang sangat dirinduinya.

“Hmm..pergilah sambut abang Iman. Dah berapa hari menyebut, demam rindu kat adik dia,” Mak Cik Mariam juga merangkap ibu Iman berkata dengan nada ceria. Dia tahu keakraban antara dua beradik itu. Seperti isi dengan kuku. Walaupun kadang-kadang bergaduh seperti anjing dengan kucing namun mereka akan kembali rapat dalam masa yang tidak sampai 24 jam. Mereka ibarat kembar yang tidak dapat dipisahkan melainkan hanya dengan kematian!

Iman mengangguk lalu menuju ke hadapan rumah. Lebar senyumannya menyambut kepulangan Hafiz. 

Sebaik sahaja Hafiz berada di hadapannya,
“Assalamualaikum abang,” Iman bersuara lembut lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abangnya.

Hafiz kaget seketika. Sebelum ini, adiknya tidak pernah memberi salam dan menghulurkan tangan untuk menyalaminya . Biasanya, Iman akan terus menarik tangannya dan membawanya masuk ke dalam rumah. Tetapi, kali ini ada sedikit kelainan.

Apabila melihat huluran tangannya tidak berbalas, Iman menarik tangan abangnya lalu mencium tangan kasar itu. Iman sebak seketika. Dalam hatinya dia terfikir, adakah tangan abangnya yang kasar itu akibat daripada pertukangan dan kerja berat yang dilakukan oleh abangnya untuk menampung yuran persekolahannya? Abangnya kelihatan semakin kurus. Adakah semuanya kerana dirinya?

Hafiz masih lagi terkebil-kebil dengan tindakan adiknya.

‘Ini adik akukah?’

Detik hati kecil Hafiz.
Iman memandang muka Hafiz.

“Kenapa muka abang macam tu?” Iman bertanya.

“Err..tak, tak ada apa-apa, terkejut sebab Iman macam dah berubah,” Tanpa berselindung, Hafiz menyatakan suara hatinya.

“Owh, sebab tu rupa-rupanya. Ingatkan sebab apa tadi,” Iman senyum kepada abangnya.

“Jom, masuk rumah. Umi ada di dapur,” Iman menarik tangan abangnya seperti yang biasa dilakukannya selama ini.

Sebaik sahaja tiba di dapur, Iman dan Hafiz menyertai ibu mereka. Mereka duduk bersama-sama di atas 
lantai yang berlapikkan dengan kain batik lusuh. Walaupun mereka tidak mempunyai meja makan seperti orang lain, namun mereka tetap bahagia dengan cara hidup mereka.

“Nah, makan,” Mak Cik Mariam menghulurkan pisang goreng panas yang baru digorengnya sebentar tadi.

“Terima kasih, Umi. Jom makan!” Iman berkata dengan nada ceria. Mak Cik Mariam senyum melihat telatah anak bongsunya yang kebudak-budakan itu walaupun umurnya hampir mencecah 16 tahun.

“Iman tengok abang makin kurus. Abang buat kerja apa?” Iman memulakan perbualan, sengaja bertanya walaupun dia sudah mampu mengagak kerja apa yang dilakukan oleh abangnya.

“Makin kurus?” Hafiz memandang tubuh badannya.

“Bukan makin hensem ke? Haha,” Hafiz berkata sambil ketawa.

“Eleh, nak tukar topik la tu sebab tak nak jawab soalan Iman,” Iman mencebik, dia amat kenal sikap abangnya yang lebih suka memendam beban seorang diri.

“Tukar topik apanya? Memang abang makin hensem, nak buat macam mana? Betul tak Umi,” Hafiz memandang ibunya.

Mak Cik Mariam tersenyum lalu mengangguk, mengiyakan kenyataan anak sulungnya itu.

Yes! Tengok! Umi pun bersetuju dengan abang,” Hafiz gembira kerana ibunya menyebelahinya.

Iman mencuka. “Ok, tak nak cakap tak pe. Tapi Iman risau la, abang jangan la buat kerja sampai tak makan dan tak rehat. Nanti kalau sakit, Iman dengan Umi yang susah tau,”

Belum sempat Hafiz mencelah, Iman menyambung..

“Umi pun sama, jangan kerja teruk sangat semata-mata untuk sekolahkan Iman. Kesian Iman tengok Umi, nampak penat je,”

“Bla…bla..bla…Umi, nampaknya sekali lagi kita kena bertahan dengan bebelan anak Umi nih,” kata Hafiz kepada ibunya.

Mak cik Mariam tersenyum lagi. Dia tahu anak bongsunya itu dalam kebimbangan.

“Iman jangan risau. Umi cuma menjalankan tugas Umi untuk memastikan Iman mendapat pendidikan yang baik. Iman adalah amanah arwah abah Iman. Umi takkan sia-siakan amanah ni. Tugas Iman cuma belajar betul-betul, ya sayang,” Mak Cik Mariam berkata lembut sambil membelai rambut panjang anak perempuannya itu.

Iman terdiam. Tiada kata-kata yang mampu diluahkan. Hatinya tersentuh dengan kasih sayang yang dicurahkan oleh ibunya itu.

‘Ya Allah, sayangilah ibuku sebagai mana dia menyayangiku, berikanlah kepada dia kefahaman Islam yang mantap! Aminn,’ hati kecil Iman berdoa.



-TO BE CONTINUED-

Wednesday, April 3, 2013

epilog




Di sebuah pondok berdekatan pasar malam, kelihatan seorang lelaki remaja yang agak selekeh duduk termenung berseorangan sambil memegang botol arak yang telah pun habis diminum isinya. Kemeriahan pasar malam langsung tidak menarik minatnya untuk turut serta sebagai pembeli. Ada sesuatu yang lebih penting sedang menganggu pemikirannya. Kenapa? Kenapa?? Hatinya bertanya berkali-kali.

“Assalamualaikum, adik buat apa kat sini? Tak balik rumah?” Ustaz Mukhriz menyapanya.

Remaja itu tersentak. Dia tidak menyangka dalam kesibukan manusia membeli juadah di pasar malam itu, masih ada manusia yang menyedari kewujudannya di situ. Dia tidak menyangka masih ada manusia yang ingin menyapanya dengan keadaan dirinya yang selekeh dan agak berbau itu dek kerana sudah dua hari dia tidak menjejakkan kaki di rumahnya.

“Err..waalaikumussalam,” remaja itu hanya tersengih, tidak tahu bagaimana mahu menjawab pertanyaan itu.

“Rumah kat mana?” ustaz itu bertanya lagi dengan penuh berminat.

Remaja itu memandang ustaz tersebut. Matanya berkelip-kelip sambil hatinya tertanya-tanya tujuan ustaz itu ingin mendekatinya.

“Hmm…mak…mak halau saya. Rumah kat sebelah sana,” tergagap-gagap remaja itu menjawab sambil jari telunjuknya ditunjuk pada arah jalan untuk ke rumahnya.

Ustaz Mukhriz memandang botol arak di tangan remaja itu. Barulah dia dapat mengagak sebab ibu remaja itu berbuat sedemikian.

“Saya tak faham, kenapa mak saya sanggup halau saya, anak kandungnya sendiri. Teruk sangat ke saya ni?” remaja yang pada mulanya kelihatan takut-takut itu tiba-tiba berani bersuara, meluahkan rasa hatinya yang telah lama dipendam jauh di lubuk hatinya.

Ustaz Mukhriz diam. Otaknya ligat memikirkan jawapan yang terbaik untuk diberikan kepada remaja di hadapannya itu.

Beberapa saat kemudian, ustaz Mukhriz bersuara, “A’ah, memang adik..err..nama apa tadi?”

“Hafiz, nama saya Hafiz,” pantas remaja itu menjawab.

“Hah, sedap nama tu. A’ah, memang Hafiz anak yang teruk pun. Kalau saya tanya semua orang yang ada kat sini, rasanya semua orang akan cakap benda yang sama,” ustaz Mukhriz menjawab dengan nada bersahaja.

Hafiz tersentak. Matanya terbeliak. Dia tidak menyangka jawapan itu yang akan keluar daripada manusia berkopiah di hadapannya itu. Sangkanya, lelaki itu akan memberikan jawapan yang dapat mengambil hatinya.

“Tapi…” Ustaz Muhkriz ingin menyambung, “Walau seteruk mana pun Hafiz, Hafiz tetap orang Islam bukan?”

“Hmm..a’ah,” Hafiz mengangguk perlahan-lahan, seperti ragu-ragu dengan pengakuannya itu.

 “Alhamdulillah, Hafiz masih lagi orang yang beriman bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah. Walaupun Hafiz minum arak atau lakukan perkara yang dilarang oleh Allah, Allah tetap bagi hidayah Islam itu kepada Hafiz. Nikmat yang paling mahal buat makhluk bergelar manusia,”

Diam seketika. Mungkin ustaz itu ingin menyusun kata-katanya dengan teratur. Tiada kata-kata terkeluar daripada mulut Hafiz.

 “Pernah tak tanya diri, kenapa dalam berjuta-juta manusia kat dunia ni, Allah pilih Hafiz untuk mendapat nikmat Islam? Apa kelayakan yang Hafiz ada? Kenapa Allah tak pilih mat saleh atau anyone yang banyak buat charity work kat luar sana tu untuk dapat nikmat Is
lam?”

Hafiz diam. Cuba untuk menyelami kata-kata ustaz Mukhriz.

“Walaupun Hafiz teruk, Allah tetap pilih Hafiz sebab Allah sayang pada Hafiz,”

Hafiz mengangguk.

“Nampak tak kasih sayang Allah? So, apa balasan kita pada kasih sayang yang Allah bagi pada kita?”

Azan maghrib daripada surau berdekatan berkumandang sekali gus menghentikan lamunannya. Persoalan di hatinya masih belum terjawab.

“Kenapa? Kenapa Allah memilihnya sedangkan dia adalah insan yang punya banyak dosa?”



-----TO BE CONTINUED-----

Monday, March 18, 2013

Sumber tenaga....manusia...


subhanAllah..Maha Suci Allah..
Alhamdulillah...segala puji bagi Allah...
Allahuakbar...Allah Maha Besar..

alhamdulillah...saya masih bernafas pd hari ini...a fren send me a msg a long time ago...lbey krg gini la mksudnye..

"ble bgn tidoq, tnye pd dri...awat kita msh hidup pd hari ini?? jawapannye..sbb Allah still bg peluang pd kita utk memohon keampunanNya"

AllahuRabbi...nanges T.T

baiknye Allah pd kita....alhamdulillah..Allah msh bg kesempatan pd kita utk memohon keampunanNya ats dosa2 kita yg byk cam pasir halus kat tepi pntai tu..astaghfirullah..beristighfarlah pd Allah..mga Allah mengampuni dosa2 kita sama ada dosa yg kta lakukan dgn sdr atau tanpa sdr...

hari ni, 18 mac 2013..byk dugaannye...alhamdulillah..tanda Allah msh sayang pd saya..hambaNya yg mudah sekali leka dan alpa ini.....

senyum 

 tp sy x nak citer psl dugaan tu..biarlah rahsia..eheh.

baru2 ni murabbi pertama abg sy tlh meninggal dunia..al-fatihah buat arwah Iman Shafiq, semoga Allah mencucuri rahmat ke ats roh beliau..semoga beliau ditempatkn bersme dgn para syuhada di sorga..amin! 

why?? knape sy nak gak tulis post psl ni..pdhl beliau x de kaitan pown ngan sye..sy x knal apatah lagi jmpe dgn beliau..tp kenapa??

sbb Allah memperkenalkan sy dgn tarbiyah melalui abang dan kakak sy...dan abg sy knl tarbiyah melalui beliau..kerana beliau terlibat dlm rantaian dakwah itu...kerana sy juga akan menjadi saksi bhw beliau tlh mejlnkan Shadatul Haq itu! insyaAllah...

beruntungnya beliau kerana Allah memberinya rehat pada usia yg sgt muda...x smpai 24 thn pun lg...x kahwin pun lg...moga bidadari sorga sdg menunggunya di sana! amin..

beruntungnya beliau kerana pengakhirannye adlh pengakhiran yg baik, insyaAllah...sdgkan kita?? belum tentu lagi kita akn mati dlm keadaan beriman kpd Allah...T.T

nanges lagi...

AllahuRabbi...moga pengakhiranku, ibu bapaku, abangku, kakakku, adikku, usrahmates, murabiah2, akhawat dan juga ikhwah adlh pengakhiran yang baik..jika Engkau mentakdirkan kami mati, matikanlah kami dlm keadaan berjuang utk agamaMu ya Allah...amin!

alhamdulillah...baru je semlm hbs tgk Omar the series...(ley tgk kat you tube ye ) tyme episod last2 tu, rmai shbt meninggal dunia..ada yg syahid tyme berperang..ada yg meninggal dunia slps menakluk Syria, Parsi, Mesir...etc...

ble tgk kejap sorg2 gugur....rse sayu...start ngan Rasulullah s.a.w...Abu Bakr...Abu Huzaifah...Abdullah Ibn Suhail...Salim..Abu Ubaid...Suhail Ibn Amr...Abu Ubaidah...Khalid al-Walid.....Umar Al-Khattab...sumber tenaga manusia yg ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w semakin berkurang...masyaAllah...slps sahabat, de para tabi'in...dan  beribu tahun kemudian..kita dilahirkan...

hingga hari ini...sumber tenaga manusia itu msh lagi diperlukan...masih lagi belum cukup!! dan baru2 ini kita kehilangan 1 org lagi..sumber manusia yg sgt penting...

shbt2...sy menyeru diri ini dan juga anda semua...marilah kita menjadi sumber tenaga dlm menyebarkan Islam...menegakkan yang HAQ!! menumpaskan yg BATIL!! walaupun pd hakikatnye Allah boleh melakukannye pd bila2 ms shj...Allah mampu melakukannya tanpa pertolongan kita sedikit pun!

Cuma...

Allah sedang memberi peluang itu kpd kita...
Allah sedang memberi peluang kpd kita untuk membuat saham...
Allah sedang menawarkan kpd kita satu perniagaan...
di mana keuntungan perniagaan itu adlah pasti!!

"Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui," (61:10-11)

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh,...." (9:111) 

maka mengapa menolak?? sorga Allah itu mahal harganya bukan?? 

moga Allah meneguhkan kita di jalan ini...moga Allah masih lagi mengizinkan kita utk terus berada di dalam gerabak tarbiyah..amin!

Saturday, March 9, 2013

Untitled..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah…
SubhanAllah..Maha Suci Allah…
Allahuakbar…Allah Maha Besar….

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui,” (9:41)

Alhamdulillah…tadi Allah mengizinkan mila utk ziarah ke rumah pak cik/ dr dan mak cik y da lama dlm dunia tarbiyah…alhamdulillah, banyak perkara yg dikongsikn oleh pasangan yg saaaangat sweet tuh..hehe, insyaAllah..mila diamanahkn utk sampaikn pd usrahmates mila..k.kinah, k.azlina n k.hanim..mila takut makin mila tangguh tulis, makin berkurg pe yg mila ingat..so, insyaAllah sikit sebanyak pe yg mila dpt dan fhm, perkongsian buat akhawat dan juga shbt2 yg disayangi dan dikasihi Allah J

Knape mila ltk ayat kat ats tu?? Ce teka..hehe..
Sungguh, syaitan tu mmg musuh yg nyata, de je cara dia nk buat hati kita ni goyah kn??

“(Iblis) menjawab, “Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-Mu yang lurus,” (7:16)

First time dpt msj drpd murabbiah, de ziarah..laju je rep, “InsyaAllah ley g J” siap buat smiley lagi..ngan confidentnyelah nak pi ziarah….then tibalah saat nak pergi tu..ttbe je, hati ni berbolak-balik..

“nak g ke x? byk g x study nih,”

Sbnrnye drpd pagi lagi, ttbe je hari ni rse cam, “isy, banyak lg x bc nih..klo ak g ptg ni smpat ke nak hbskan nih, exam lusa nih,”

Pdhl sebelum ni tng je..ttbe plak jd camtu…tp Alhamdulillah..Allah meneguhkan hati mila, Alhamdulillah..akhirnye, mila betulkn niat..mila pi gak ziarah..alhamdulillah..moga Allah redha J

Keh, msk pd main point, perkongsian drpd Dr dan isterinya…

Hidup kita nih macam seorang pelari..bukan pelari 100 meter, tapi pelari marathon…
pe bezanye pelari marathon ngan pelari 100 meter??
Pelari 100 meter, aim dye 1..aku nak mng! Aku mesti lari laju2! Aku mesti pecut! Tanpa memandang sekeliling…tanpa sempat menikmati keindahan kehidupan…
Tapi pelari marathon, jalannye pjg..so, dy kne de strategi, save tenaga till the end…klo ttbe bekalan terputus, hbs ar..

Keh, relate with our life…ya, perjalanan dakwah dan tarbiyah itu panjang…insyaAllah umur kita pun panjg ( dan berkat, amin!)…jd, utk menempuh hidup yg pnjg ni perlu de strategi, perlu ada bekalan..perlu ada perancangan..apa jua tindakan yg kita lakukan, apa jua keputusan yg kita pilih…menentukan siapa kita 40 thn (or less) akan dtg…

Analogy kedua…
Hidup ni cam nek escalator..tp nek escalator yg melwn arah…utk tiba di ats perlu ada usaha..klo kaku je, hmm..x jadik pa…
Ya…
Perlu usaha mengenal agama Allah…
Perlu usaha mencintai Rasulullah s.a.w..
Perlu usaha dlm bermujahadah…
Berusahalah dan teruslah berusaha hingga Jannah itu milik kita, amin!

Kisah ketiga…
Sunnatullah..ketetapan Allah..Islam pernah naik suatu ketika dahulu setelah jatuh sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w…dan Islam PASTI akan naik kembali suatu hari nanti…biiznillah..
So, skang ni Islam tgh nek sikit2 kn..jd bersyukurlah kita kerana kita termasuk dlm golongan yg ditabiyah..train tarbiyah ni sdg mengikut arus sunnatullah…amatlah rugi dan peliklah bagi org yg nak kuar drpd sunnatullah ini..nauzubillah..mga Allah meneguhkan hati kita di jln ini…amin!

Lagi? Isteri doc n doc citer..cmne dorg jmpe..kih3..huhu..k2, insyaAllah share ckit…
Gne BM (Baitul Muslim)…tyme tu Dr ta’aruf ngan isterinya gne tabir..mmg x tgk muka lgsg..tp sbnrnye ley tgk klo nak..kne mintak izin laa..huhu..tp dorg 2 ni segan..hehe, redha je..da mmg jodoh kan..alhamdulillah..bidadari pilihan Dr mmg adlh yg terbaik utk beliau..mila suka cr doc, byk kali gak r doc ulg ckp mmg isteri doc skang ni adlh the BEST utk doc..isteri doc sengih..tersipu-sipu malu..hehe, k..yg tu tambahn je..alhamdulillah..mga mereka bahagia hingga ke syurga J

K..hmm…pe lg…insyaAllah..stakat tu je kot..klo de lg kita sharing time usrah yep! insyaAllah J

byk kn pe yg mila dpt...alhamdulillah..sume tu dtgnye drpd Allah :)


Monday, March 4, 2013

Moga kehadiranku menjadi kekuatan buat dirimu...


Bismillahirrahmanirrahim...dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah….all praises to Him….

“Dia (Musa) berkata, “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku,” (20:25-28)

Doa paling femes yg kita slalu bce sblom start kls time skola dulu..btol?? doa yg bese gak dibce sblum seseorg menyampaikan ucapannye..hmm…sbnrnye x nk focus yg tu..sy nk focus sambungan ayat ni..insyaAllah J

“dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, (yaitu) Harun, saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatMu, sesungguhnya Engkau Maha Melihat (keadaan) kami.” 
(20:  29-35)

Alhamdulillah…segala puji bagi Allah atas segala nikmat yg diberikan..dan nikmat yg plg BEST adalah nikmat??? Iman dan Islam….dan umat Rasulullah s.a.w…alhamdulillah...

Alhamdulillah…Allah mengaturkan saya dengan usrahmates yg baru..insyaAllah..sumenye bes2 (usrahmates lama pown bes gak)…kakak pun bes! Alhamdulillah…and in the very first sitting with my new usrahmates yang sgt osem dan ceria, murabbiah kami yg saangatt baaeekk blanja kek oreo cheese buatan Dr’s Bakery yg hanya boleh ditemui di Kuantan shj..hehe! Very delicious!!!! May Allah bless her..and all of us! Amin!!
   
Ok, da terkeluar topic…maap yep!!

insyaAllah..sdkit perkongsian drpd pengisian usrah berkaitan dgn mksud ayt drpd surah Taha di atas…"teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia”….

Nabi Harun a.s menjadi sumber kekuatan kepada nabi Musa a.s dalam menyampaikan risalah Islam…
Khadijah bt Khuwailid mnjadi sumber kekuatan kepada baginda Rasulullah s.a.w ketika wahyu pertama diturunkan kpd baginda s.a.w…

Bagaimana dengan kita??? Mahu menjadi sumber kekuatan kpd siapa??
Sudah pasti AKHAWATfillah…sahabat2 kita J

Ya..sumber kekuatan…
moga kita menjadi sumber kekuatan kepada sahabat kita dlm perjuangan…
moga kita menjadi sumber kekuatan kepada sahabat kita dalam perjalanan menegakkan Islam…
moga kita menjadi sumber kekuatan kepada sahabat kita dalam menempuh dugaan dan cabaran kehidupan…

kerana hidup ini adalah ujian….this world is the best place of testing! *grammar betol kah?
kita tidak mampu mengatasinya jika hidup bersendirian...

Sungguh,
sahabat yg baik itu adalh shbat yg mengajak kita kepada cinta dan redha Allah…
sahabat yang baik itu adalah sahabat yang mengajak kita untuk bergantung semata-mata hanya kepada Allah..
sahabat yang baik itu adalah sahabat yang menegur apabila kita lalai daripada mengingati Allah…


Moga aku dan kamu menjadi sahabat yang baik buat sahabat2 kita….
Moga kehadiran aku dan kamu memberi sedikit sebanyak sumber kekuatan buat sahabat2 kita…
Amin…
walau sikit, insyaAllah akan dikira oleh Allah..

Buat akhawat yg disayangi kerana Allah…
“Ingatlah wahai sahabat, tatkala era keterlibatan kita dalam dakwah adalah era permasalahan, krisis, lesu dan bisu, tawarkan dirimu untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaiannya, pujuklah dirimu wahai si pengeluh, jadilah antara dua : penyumbang kecemerlangan atau penawar diri kepada penyelesaian” 
- Pertandingan Video APG ’11 -

Jom!! Jom!! Takkan kita nak jadi supporters je..x syok ar klo gitu…kita kne jadik players…players dlm padang dakwah dan tarbiyah yg sgt luas..dan goalnye adalh kebangkitan Islam!!

Alhamdulillah….moga Allah terus meneguhkan hati2 kita di jalan ini…moga kita terus menjadi insan-insan terpilih, amin….


Sunday, February 17, 2013

Buat shbatku(2)



Alhamdulillah..segala puji bg Allah ats segala nikmat yg kita peroleh hari ini..hari sebelumnya..dan hari2 mendatang..moga kita termasuk dlm golongan hamba2Nya yg sentiasa bersyukur..amin..

Hari ni ulg tahun kelahiran shbat saya…nur syahirah salahuddin….sanah helwah sahabatku(walaupun da lbey pkul 12)…

Hmm..sy x masuk 20 lg..hehe..muda lagi la nih (yeke?)

Umur sy, to be specific..19 tahun 4 bulan 24 hari..so u can guess ble bday sy..
19 tahun..or 20 tahun..ley kire muda ke? Lme gak tu kn..20 thn..cbe imagine, 20 (or bce ngan umur anda sekarg) tahun yg lalu..kita kuar drpd perut mak kita..menangis…tau makan, nangis, tidur..pastu kita mula beljr ketawa..form attachment, object permanence, learn to say ‘no’ then ‘yes’..bla..bla..bla..ok, klo nk tau detail ley bc bku psychology..hehe..

Klo kte compare 20 thn lps ngan kita skang nih…sgt8 byk bezanye kn?? Klo dlu kita asyik nk berkepit ngan mak je, skang mungkin nak berkepit ngan pkwe..heheh..klo de ( x spatutnye de pun)..klo x de nk berkepit ngan BFF la..klo dlu kita pakai baju berkedut seribu pun x kish tp skang klo de kedut ckit je pun..still rajin nk iron bj…klo dlu kita malu2 kucing nak bertegur spe ngan org yg kita x knl..skang mungkin ble jmpe org je ley sembang dgn ramahnye walaupun br knal 1 minit..dan byk lagi la perubhn len…

Jadi, pendek kata..kita makin mtg kn..insyaAllah..makin berdikari, mampu menguruskn hal sendiri..or da ley kawin(yeke?)..hehe, gurau..hmm..rse best x jd org bsr? I mean in term of umur la..bkn saiz badn..

Ble umur bertambah..kematangan bertambah..skill2 tuk hidup bertambah..ilmu bertambah..maka bertambahlah tanggungjwb kita…jom2 kita listkn watak kita kat ats dunia ni!!

-muslim
-anak
-adik/kakak/abang
-pelajar
-sahabat
-kawan

Ada lg k?? klo de pndai2 la tmbah sndiri..hehe..tp nk ckpnye byk benor tggjwb kat bahu kita nih..cme tinggal kita sdr / tak..tu je..

Dan utk setiap tggjwb yg kita pgg ni akan disoal oleh Allah kt akhirat nanti..huh, takutnye! Sume ni amanah yg kita kne pikul….x dak pilihan len…hang nak ke x nak hang kne buat gak…

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “sungguh, aku termasuk orang – orang muslim (yang berserah diri)?” (41:33)

“Dan kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu,” (31:14)

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakn apa yang diperintahkan” (66:6)

Dan byk2 lagi ayat2 dlm Al-Quran ttg pe yg Allah suruh kita buat..atau dgn kata len, tanggungjwb kita yg akan disoal oleh Allah kelak…



Hmm..so, bkn ske2 je ley jd org besar nih..byk tanggungjwb tau! Kdg2 rse cam besnye jd budak2..bahagia je, x yah pikir mslh dunia..huhu..bahagia ngan dunia ciptaan sndiri..tp itulah sunnatullah…tetapan Allah..yang kecik akan jd besar, yg muda akan jadi tua, yg hidup akan mati..it’s a cycle that we have to pass through…

In a nut shell..hehe, cam nk buat kesimpulan essay plak..k lah, kesimpulannye..renung2kanlah..muhasabahlah..let’s say kita mati sok or lusa..klo Allah tnye kita, apa yg kita da buat dgn umur kita, harta kita, ilmu kita???????????? Apakah jwpnnye??????

-Gulp-

Tuesday, January 29, 2013

For the future doctors..


Assalamualaikum w.b.t..alhamdulillah..segala puji bg Allah ats segala nikmat yg kita peroleh pd hari ini..moga kita terus berada dalam golongan hamba2 yang diredhaiNya..insyaAllah..

malam ni, just a very simple entry..ttbe rse nak tulis something..want to remind myself about the responsibility that i hold right now, here in IIUM Kuantan...insyaAllah..

to be a doctor..that's the reason why MARA gives me money..duit yg sy dpt adlh duit rkyat Malaysia, duit bayaran cukai drpd ibu bapa atau pekerja2 kat malaysia..so, in the day of judgement, I might be asked by Allah, with what do you spend the money that was given to you???

-Gulp-

yes, i came here to be a doc, a doctor to serve the mankind, a doctor to spread the beauty of Islam..that's it!! my responsibilities...so, I should focus!!

*Moga Allah terus bg kekuatan....



Thursday, January 24, 2013

Buat sahabatku..



Khas buat sahabat yg jauh…moga sentiasa dlm redha Allah, insyaAllah..

Ya sadiqati..
Uhibbukifillah..
Aku menyayangimu kerana Allah..
Namun, kasih sayang itu tak kan pernah mampu menandingi,
Kasih sayang daripada ibumu..
Apa lagi,
Kasih sayang daripada Tuhan yang Maha Pengasih…

Sahabatku,
Allah itu amat menyayangimu,
Maka Dia memberimu cahaya Islam..
Dia memberimu umur yang panjang..
Agar dirimu masih lagi berkesempatan..
Memohon keampunan dan rahmatNya..

Ukhti,
Di saat dirimu rasa bersendirian..
Di saat dirimu rasa keletihan..
Kembalilah kepada Tuhan
Kerana Tuhan itu tidak akan pernah mengecewakan..
HambaNya yang meletakkan pergantungan
Semata-mata hanya kepadaNya..

Ukhti sayang…
Latihlah disiplin dalam dirimu dgn menjaga waktu solatmu..
Contohilah akhlak rasulullah s.a.w dalam tingkah lakumu..
Perliharalah dirimu dengan menjaga auratmu..
Kerana dirimu itu permata berharga..

Kata-kata ini bukanlah hanya untukmu semata..
Tetapi utk diriku jua..
Yang masih lagi merangkak dalam mengenal cintaNya..
Moga kita terpilih dalam golongan hambaNya..
Yang solehah..insyaAllah

Sanah helwah..
Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 20 :)


Wednesday, January 16, 2013

Ujian lagi...


Assalamualaikum...lme x update...x tau knape..mood utk menulis x dtg + internet x bpe lncar..tup2 bka laptop hr ni dpt internet..huhu..hati berbunga bahagia :)

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..nikmat pd hari ni terlalu banyak, x terkira..alhamdulillah..moga ana (ttbe hr ni nk gne 'ana') dan antum termasuk dlm golongan yg sentiasa bersyukur...insyaAllah...

sepnjg x update ni, ana sebenarnye sdg diuji dengan sesuatu..titik kelemahan ana..mgkin agak segan utk dceritakn di sini..tp ujian tu sgt berat smpai satu tahap ana rasa cam, "Ya Allah..tolong aku, aku x mampu ya Allah.." dan smpai satu tahap ana kalah dengan pujukan syaitan yg sntiasa menghias sesuatu yg haram itu sebagai indah di mata manusia..

alhamdulillah..Allah mengurniakan ana seorg shbt..sahabt yg sudi mendengar dan meluangkn ms utk shabatnye yg sdg parah diuji..ya Allah..alhamdulillah atas nikmat persahabatn itu...

satu perkara penting (sbnrnye byk yg shbt ana ckp) yg ana nak kongsi...Allah akan menguji kita pd titik kelemahan kita..supaya kita dpt improve..Allah x kn uji kekuatan kte.. "knpe nk uji kekuatan? da kuat dah pun", kte shbt ana...

jd..shbt2 yg diayangi sekalian...abang, kakak dan adik beradik satu akidah sekalian...ujian Allah menunjukkan kasih syg Allah...makin Allah syg makin Allah akan uji kita..ana suka ulang ayat ni..sbbnye, manusia itu bersifat pelupa dan Allah amat arif dgn kelemahan kita..makanya Allah memberi kita ujian, supaya darjat keimanan kita ditingkatkan..supaya kita mampu terus menghdpi kehidupan yg mendtg..insyaAllah..moga kita termasuk dlm golongan yg sntiasa diredhaiNya...

wallahu'alam..

p/s : ana sekrg msh lagi diuji...doakn ana ye..jazakillahkhair :)