Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips

Tuesday, April 24, 2012

Aku...dan Dia..



Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Merancang, yang Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap hambaNya. Alhamdulillah, dengan takdir Allah aku berpeluang untuk ber’jaulah’ dengan seorang insan iaitu dia. Walaupun aku kira itu bukanlah jaulah yang sebenarnya, namun aku tetap bersyukur kerana Allah memberi aku peluang untuk pergi ke program bersamanya, keluar bersamanya, tidur di dalam satu dorm yang sama, makan di meja yang sama..Alhamdulillah, ya Allah..nikmat itu begitu indah buatku..

Hari pertama..pada malam yang gelap gelita, aku tiba di sana, suatu tempat yang amat asing bagiku..sebuah daerah bernama Sepang. Aku dan dia melangkah ke dalam dewan, mendaftarkan diri lalu menuju ke dewan makan untuk mengisi perut yang asyik meminta-minta untuk diisi semenjak petang lagi. Aku memerhatikan dia, di saat aku dan orang lain sibuk meminta pinggan untuk di isi dengan lauk, dia hanya diam membisu..mungkin memberi peluang kepada sahabatnya yang lain untuk mengisi perut masing-masing. Diriku juga tidak sabar untuk makan tanpa memikirkan yang lain..betapa aku ini lebih mementingkan diri jika dibandingkan dengan dirinya, aku termalu sendiri.

Malam itu, aku cuba melelapkan mata..sebelum aku terlena, sempat aku berdoa..ya Allah, ya Rabb, Tuhan yang menyatukan hati manusia, aku memohon kepadamu, satukanlah hati-hati kami..wujudkanlah kasih sayang antara kami, eratkanlah ukhwah antara kami..moga Engkau redha, ya Allah..

Sepanjang program, aku cuba mengenalinya dengan lebih dekat..aku memerhatikannya, dia yang kelam kabut apabila berbuat sesuatu, dia yang tidak boleh tidur jika ada orang bercakap di sekelilingnya, dia yang sangat suka apabila orang mengambil gambarnya, dia yang malu-malu untuk meminta sesuatu dengan aku, dia yang tidak boleh tidur dengan lampu yang terang, dia yang suka bangun awal..sekali lagi, aku termalu sendiri kerana aku antara orang yang lewat bangun daripada tidurku. Mungkin itulah sifat jahiliahku yang masih belum mampu kuubah, lebih mencintai tidur daripada beribadat kepadaMu Allah, Ya Allah..berikan aku kekuatan untuk mengubahnya..

Pada suatu ketika, aku berjalan dengannya..ya Allah, mengapa lidahku masih kelu untuk berbicara? Mengapa aku berasa seperti ada penghalang antara kami? Ya Allah, robohkanlah penghalang itu agar aku dan dia mampu berbicara, bergaul seperti orang lain.



Kadang-kadang, aku tertanya-tanya, adakah dia juga berfikiran seperti aku? Adakah dia juga ingin bersahabat denganku? Atau aku hanya bertepuk sebelah tangan, syok sendiri? Atau adakah dia ingin menjauhkan diri denganku? Mungkinkah cara aku berhadapan dengannya itu salah? Ya Allah, jika persahabatan ini tidak terbina dengan kukuh kerana silapku, maka betulkanlah aku, tunjukkan aku jalanMu yang lurus, bimbinglah aku ya Allah..dalam membina ukhwah semata-mata keranaMu ya Allah..

Akhirnya, tiba hari yang terakhir. Dia begitu gembira kerana dia akan pulang ke UIA..namun, aku..entah, sayu juga rasanya. Masihkah ada peluang seperti ini? Masihkah ada ruang untuk aku lebih mengenalinya?? Ukhwah itu akan menjadi kukuh dengan tiga perkara, makan, berjalan dan tidur bersama. Tetapi aku lebih suka berjalan (jaulah) kerana dengan jaulah secara automatiknya dua unsur yang lain itu akan wujud.  Ya Allah, masih wujudkah peluang untuk aku berjalan bersama-samanya? Masih adakah peluang untuk aku makan bersama-samanya? Masih wujudkah saat untuk aku tidur di sampingnya? Berbicara dengannya?

Ya Allah, aku ingin peluang itu masih ada ya Allah..izinkan aku untuk lebih mengenalinya, ya Allah. Izinkan aku untuk menyayanginya, ya Allah. Izinkan aku untuk bersahabat dengannya, ya Allah. Sejujurnya, aku takut untuk terlalu berharap. Aku takut jika aku terlalu berharap, hatiku akan kecewa. Namun, apakan daya..harapan yang setinngi gunung itu telah pun wujud dalam hati ini. Maka ya Allah, seandainya aku dikecewakan..berikan aku kekuatan untuk menghadapinya. Engkau jualah yang berkuasa untuk membuka pintu hati hambaMu..hanya kepadaMu aku bertawakal.

Wahai insan yang bergelar dia, jika kewangan itu menjadi halanganmu untuk rehlah bersamaku, keluar bersamaku, maka aku sedia membantu. Namun, halangan terbesar yang perlu kau atasi..halangan dalam dirimu..keinginanmu..memilih keseronokan yang palsu atau kebahagiaan yang hakiki? Keseronokan yang palsu itu adalah keseronokan dengan perkara dunia manakala kebahagiaan yang hakiki itu hanyalah akan diperolehi dengan kembali kepada fitrah sebagai seorang hamba..hanya tarbiyah itu yang akan mengajar kau untuk kembali kepada kehidupan bertuhan..

muwasafat tarbiyah ini perlu dijadikan sbg KPI kita
Tiada sebab lain untuk aku menukilkan kisah ini melainkan kerana aku menyayangi dia fillah walaupun pada hakikatnya watak ‘dia’ itu tidak wujud kerana ‘dia’ ialah satu watak yang aku wujudkan hasil daripada pemerhatianku terhadap sahabat-sahabatku..maka ‘dia’ itu sebenarnya mewakili sahabat-sahabatku. Maafkanku jika aku khilaf dalam menyampaikan kisah ini. Maafkanku jika kisah ini menyakitkan hatimu..aku hanyalah insan biasa yang penuh dengan kelemahan sebagai seorang hamba..satu perkara penting yang aku ingin kau sematkan dalam hatimu..aku mencintaimu kerana Allah, moga aku dan kau dapat berpimpin tangan ke syurga bersama-sama, insyaAllah

Saturday, April 14, 2012

petang yg menguji kesabaran...


Alhamdulillah...kini aku berada di rumah..hajat untuk bertemu ibu bapa dan adik2 tercapai, alhamdulillah..mula2, aku ingat aku x ley blk, tapi takdir Allah aku pulang ke rumah dgn selamat..alhamdulilah skali lagi..

aku nak cite pahit getir yg aku alami pada hari aku nak balik, insyaAllah..

at first, aku bajet nak fly je..kuar tanpa kad outing, mintak2 pak guard tu kasi aq kuar cam2 tanpa minta kad outing aku..tapi oleh sebab Allah nak uji aku, bila aku sampai kat depan pak guard, pak cik tu panggil aku..aku dengan muka slumber (tapi jantung berdegup kencang) pi la kat dpn pak guard..

"Mana kad outing?" pak cik tu tanye ngan muka bapak serius, memang menakutkan arh..

alamak, apa aku nak jawab nih..memang kantoi r..aku mne de kad outing..

so, aku pun bercakap dgn penuh kejujuran..serius, aku x tipu..aku mmg x pandai nak tipu org..

"err..td x sempat nak ambil kd outing, kelas dari pukul 2 sampai pukul 6"

"klo camtu surat ada tak?" pak cik tanye lagi..

"ada...tapi...."

"klo ada tunjuk lah" seyez garang pak cik nih..fiz tyme aku tgk muka dia sepnjang lbey 1 thn aku kat uiapj

aku pun dengan tergesa-gesa tunjuk surat yg x bertandatgn tuh..

"Ni surat x valid!" kata pak cik tu..

"Klo x dpt tandatgn x leh kuar!!" lps ckp camtu pak cik terus x pndang aku..hina sgt ka cek ni??

hehe..tp aku x rasa pak cik tu fikir cm2..mungkin dye x sanggup nak tgk muka kesian aku..demi tanggungjwb, dia mesti tegas!! hehe..so, aku salute r pak cik tuh!!

aku pun ngan sdeynye menuju ke mahallah..dlm otak ligat berfikir..pe aku nak buat nih????!! tgk jam, pukul 6.42 ptg..

pe2 un aku kne blk gak, pizza da beli nk bw blk umah..x kan nk mkn ngan roomate..sdey kot!!

so, aku ltk beg n pizza kt dpn mahallah aku..duk jap, tarik nafas..fikiq btui2 nak buat pa..

aku try kol principal..huish, dlm hati nih berdebar, Allah je yg tau..

dipendekkan cite...principal x bg aku blk..so, aku x give up..aku try contact miss aku..fellow level..mle2 miss tu cam x nak bg..so, aku pun cam da nak give up..tulis msg kt pricipal..merayu nak balik..tunggu lme ckit, azan maghrib berkumandang..

1 msg masuk..dgn berdebar2 aku buka, aku ingatkn principal, rupe2nye miss aku..

"sis, cari ustzh kat bilik fellow,"

aku ngan bahagianya pi blk fellow, jmpe ustazh..minx tndatgn nak balik..process of negotiation berlaku..dipendekkan cite lg..akhirnya ustzh bg aku balik..alhamdulillah..

aku kuar uia lbey krg pukul 7.45 mlm..2,3 minit pas tu bas no 12 mai..tyme duk dlm bas baru aku teringat, aku x buka pose lagi!!!

Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan aku utk tiba di hentian putra..alhamdulillah, Allah melindungi aku ketika perjalanan mlm yng penuh ngan manusia2 yg aku x kenal..alhamdulillah, aku sempat tiba di hentian putra b4 pukul 8.30 mlm..

sampai putra, aku tros gi kauter tiket bas tasik kenyir, beli bas pukul 9..then, aku gi solat jamak ta'akhir..fuh, lega rasanye ble dah nek bas..alhamdulillah....

tapi aku tau, pmpuan x elok kuar mlm2..sorg2 lak tuh..bahaya, especially kat tgh2 KL tuh..mcm2 ley jadi..so, don't be like me!! hehe..btw, that was one of the memories in PJ that i'll keep in my mind, insyaAllah..aku x cite kat mak aku, cuz klo aku cite, komfem mak aku bimbang kat aku..so aku cite kat sini so that u all ley blajaq something..

if you really want to do it, never give up!! there must be a way to get it!! and don't forget asked for His help, cuz He is the one who can make anything happen..

Tuesday, April 3, 2012

ALLAHUAKBAR!!



Takbir!!! Allahuakbar!!
Takbir!!! Allahuakbar!!
Takbir!!! Allahuakbar!!

Huh! Meremang gak bulu roma ble dgr gema suara syabab2 (pemuda) Malaysia di Stadium Melawati tyme GMJ (Global March to Jurusalem) hari tu…

Aku x sangka, rupanya ramai syabab yang support Palestin, Alhamdulillah!! Moga semangat pemuda terus membara dlm diri syabab2 Malaysia termasuk aku, insyaAllah..

Rupa-rupanya boleh je klo kita nak bersatu kan? Bersatu dlm menegakkan agama Allah..aku rasa tercabar di saat seorang lelaki cina (he said that he’s not a Chinese but a Malaysian)..wah!! semangat patriotiknya sgt membara..aku kagum! 

And the most impressive thing was when he claimed that Palestine’s issues are not only the muslim’s issue but the issue of humanity!! So, no matter whether you are a Muslim, a Jewish, Buddhist, atheist or whatever it is, you have to support Palestinians..we have to support Palestinians!!

Hah, org Islam x rasa tercabar ke?? Org agama kristian ley ckp cm2..kte2?? kte ni mcm mne?? Adakh semangat kte sme cm chinese tu tadi?? Or semangat kte lg membara drpd beliau or semangat kita lg rendah drpd tu?? Tepuk dada tanya iman!!


Sepatutnya semangat kita lg hbt drpd Chinese tu..sbb pe?? Sebab Palestinians tu saudara seakidah kita, tegarkah kita bila kita tgh syok melayan movie di panggung wyg sdgkan saudara kte di sne berjuang utk perthnkan tanah air?? Tegarkah kita bila kita tgh bergelak ketawa, bershopping bersama tmn2 sdgkan saudara kita di Syria berjuang bermati-matian demi memperthnkan kalimah Tauhid??? (Ni masuk isu Syia ckit)

Astaghfirullah, masyaAllah..jika kita msh lagi x rasa pe2 dgn penindasn di Palestin, kita x ambik tahu psl mereka..adakh kita ni lyk bergelar MUSLIM??????

Sabda Rasulullah s.a.w, “Barangsiapa yg tdk mengambil tahu hal org Islam yg lain, maka bkn dari kalangan kami……”

Mahukah kita jika Rasulullah tdk mengaku kita sbgai umatnya??? Nauzubillah..moga2 dijauhkan..