Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips

Saturday, December 18, 2010

Manusia saling melengkapi

manusia mudah lupa..itu adalah fakta, sesuatu yang tidak dapat dinafikan..perkataan manusia sendiri berasal daripada perkataan lupa (maaf, ana krg pasti dlm bhs Arabnya apa)..oleh sebab itu, kita memerlukan org lain untuk mengingatkan kita, itulah pentingnya perhubungan..agar kita saling melengkapi..kerana setiap muslim itu adalah bersaudara..

"orang Islam itu dengan orang Islam yang lain adalah bersaudara. tidak sesekali dia menzalimi saudaranya, mengkhianatinya, atau menyerahkannya kepada musuhnya" (riwayat An Nawawi)

kadang - kadang kita akan terleka, dgn adanya pelbagai bntuk hiburan, kemudahan internet dan sebagainya menyebabkan kita lupa tujuan sebenar kehidupan kita, apakah matlamat utama kita? adakah untuk mencapai keseronokan semata - mata, ataupun mengumpul harta sebanyak mungkin tanpa bersyukur pada Yang Memberi Kurnia?

oleh sebab kita mudah terleka, oleh sebab kita mudah terlupa, maka marilah kita saling memperingati antara satu sama lain agar kita sentiasa berada dalam keredhaanNya..itulah kepentingan perhubungan sesama manusia..sesungguhnya, hidup ini tidak akn bermakna tanpa keredhaan dan rahmat dariNya..

Friday, December 17, 2010

Hidup tak selalunya indah..

ya..begitulah kehidupan..kdg-kdg kita tak dpt apa yg kita inginkan..tp siapa kita untuk mempersoalkannya ketentuanNya untuk kita..kita hanyalah hamba yang lemah..tetapi yakinlah segala ketetapan itu pasti ada hikmahnya..hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

  "...tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu. padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" Al Baqarah, 216

jadi, walau apapun yang berlaku, kita harus menerimanya dengan positif..krn dgn itu, kita tidak akn resah, kerana kita yakin pada Dia Yang Maha Mengetahui...