Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips

Tuesday, March 22, 2011

Pengalaman di dalam bas....

Sebelum bertolak..
Aku melangkah masuk ke dalam bas..Aduh!! Panasnye!! Aircond tak pasang ke?? Rupa - rupanya aku ialah orang kedua yang masuk ke dalam bas..sebab tu la enjin belum didhidupkan lagi..aku cuba menahan kepanasan berada di dalam bas..beberapa minit kemudian, beberapa orang melangkah masuk ke dalam bas..keluhan yang sama seperti aku juga yang diluahkan..tiba-tiba hatiku terdetik, ya Allah, kepanasan yang kami rasakan sekarang ialah kepanasan dunia, manusia mengeluh dengan kepanasan dunia, tetapi mampukah manusia bertahan dengan kepanasan api neraka?? Fikirkanlah sahabatku, kepanasan yang kita alami di dunia hanyalah sedikit sahaja jika ingin dibandingkan dengan kepanasan di dalam api neraka..moga - moga kita dijauhkan daripada api neraka..