Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips

Saturday, July 2, 2011

SEJAUH MANAKAH KEBERGANTUNGAN KITA KEPADA ALLAH?

‘Ish, soalan apa nih? Macam mana aku nak jawab ni, hati pelajar itu mengeluh. Dia sedang menjawab soalan kuiz fizik. Walaupun dia telah mengulangkaji namun, dia tidak pernah menemui soalan sedemikian. Kemudian, dia menjawab soalan itu mengikut gerak hatinya. Tidak lama kemudian, dia terpandang rakan di sebelahnya.
‘Eh, kenapa dia buat lain? Aish, tak boleh jadi ni.’ Dia pun memadam semula jawapannya lalu cuba mencari jawapan yang lain. Dia melihat jam,’Alamak, dah nak habis masa nih.’ Pelajar tersebut semakin kalut dan dia sudah tidak mampu berfikir. “Tengoklah orang belakang, tiru orang belakang,” syaitan berbisik kepada pelajar tersebut.
Pelajar itu berpaling ke belakang lalu ternampak jawapan temannya. Dia pun mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan jawapan itu. Akhirnya ‘Yes! Aku Berjaya!’  Dia bersorak di dalam hati. Kemudian, setelah kertas jawapan dihantar, pensyarah membincangkan jawapan. Rupa-rupanya, jawapan yang mengikut gerak hatinya itu adalah jawapan yang tepat. Dia berasa menyesal namun, penyesalan itu sudah tidak bermakna lagi. 

Mungkin kita pernah mengalami situasi sebegini. Mungkin juga tidak. Bergantung kepada kejujuran masing-masing. Sekiranya kita pernah mengalami situasi ini, cuba berfikir, renungkan dan bertanya kepada diri, ‘Sejauh mana pergantungan aku kepada Allah?’ Allah berfirman dalam surah Al-Ikhlas, ayat 2
“ Allah, hanya kepadaNya lah tempat bergantung segala sesuatu”

Setiap hari kita membaca surah itu, namun sejauh mana penghayatan kita terhadap maksud di sebalik ayat tersebut. Berbalik kepada situasi tadi, apabila sesorang itu mencuba untuk meniru dalam kuiz atau peperiksaan, itu bermakna pergantungannya bukan terletak kepada Allah tetapi dia bergantung kepada sahabatnya sendiri kerana dia mengharapkan jawapan daripada sahabatnya sedangkan jawapan sahabatnya itu juga tidak semestinya tepat.

Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, tingkatkanlah pergantungan kita kepada Allah. Percayalah kepada kekuasaan dan keajaiban yang berlaku dengan kuasa Allah. Kerana, sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Kita hanya mampu berusaha namun, natijah itu terletak pada Allah. Dialah yang membuat keputusan untuk kita. Sama juga seperti dakwah, kita hanya mampu memberi peringatan namun, hidayah itu adalah milik Allah dan hanya Dia yang dapat memberi hidayah kepada hambaNya. Sedangkan kekasih Allah, Rasulullah s.a.w sendiri tidak mampu memberi hidayah kepada bapa saudara yang amat disayanginya apatah lagi kita yang hina ini.
“Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan meminta pertolongan, tunjukilah kami jalan yang lurus,” Al-Fatihah,5-6

No comments: