Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips

Tuesday, July 5, 2011

NIKMAT BERSUARA

Bayangkan dirimu sedang menaiki bas berseorangan. Tiba-tiba kamu ternampak air terjun yang indah di kejauhan. Lalu, kamu meminta pemandu bas untuk berhenti di situ. Kamu turun daripada bas tersebut dan menuju ke arah air terjun yang cantik itu. Hatimu berkata, ‘Subhanallah, indahnya ciptaanMu’.
Kemudian kamu berjalan lagi lalu ternampak seorang kafir menyembah pokok. Kamu berlalu pergi tanpa berkata apa-apa tetapi hatimu membenci perlakuan itu.
Kamu meneruskan perjalanan lalu kamu ternampak seorang perempuan menggalas beg di belakangnya. Kamu juga ternampak ada seorang lelaki yang sedang cuba untuk mencuri barang di dalam beg wanita itu. Kamu juga tidak berkata apa-apa tetapi hatimu membenci perbuatan itu.
Setelah penat berjalan, kamu ternampak sebuah pondok lalu kamu berehat di situ. Beberapa minit kemudian, kamu terdengar suara yang amat kamu kenal iaitu suara teman-teman yang rapat denganmu sedang menuju kea rah pondok tempat dudukmu. Kamu melambai ke arah mereka lalu mereka datang kepadamu.
“Tadi aku nampak ada orang mencuri, teruk betul orang tu, sepatutnya cubalah cari pekerjaan yang halal,” salah seorang sahabatmu bersuara.
“Betul, manusia ni kadang-kadang nak semua benda dengan mudah, bila suruh buat kerja sikit je dah malas,” sahabatmu yang lain menambah. Kamu mengangguk tanda bersetuju. Kemudian, kamu berasa seperti ingin berkata sesuatu. Tetapi, kamu tidak mampu mengeluarkan suara. 
"Agak-agak la kan, apa yang adik rasa waktu tu?" soalan itu terpacul di mulut kakak yang berada di hadapan ana dan sahabat-sahabat ana. Ada yang menjawab, "rasa menyesal","orang tu tak sepatutnya membenci dengan hati," dan macam-macam jawapan yang timbul namun tiada jawapan seperti yang kakak itu inginkan.

Baiklah, bayangkan macam mana kita rasa kalau nikmat suara itu ditarik secara tiba-tiba. Semalam kita boleh bercakap, bergurau senda tapi hari ni tiba-tiba Allah tarik nikmat tu. Mesti kita rasa takut, sebab kita tak mampu bercakap. Cuba bayangkan macam mana perasaan orang yang bisu. Apabila mereka melihat pada orang yang boleh bercakap, pasti ada walau sekelumit rasa cemburu, mesti orang tersebut ada keinginan untuk bersuara. 

Jadi, pengajarannya di sini ialah, pertama, hormatilah orang yang bisu, kalau jumpa orang bisu, cakap pada dia, sekurang-kurangnya, kamu dah terlepas dosa bahagian bercakap. Kita yang dapat bercakap ni pun tak tahu dah berapa banyak dosa kita lakukan sewaktu bercakap. Kedua, gunakan kelebihan kita yang dapat bercakap ni untuk mengajak orang ke arah kebaikan. Mungkin setiap hari kita akan buat dosa disebabkan percakapan kita. Apabila kita mengajak manusia ke arah kebaikan, sekurang-kurangnya pahala yang kita dapat itu mungkin boleh mengatasi dosa yang kita lakukan. Wallahualam

No comments: