Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips

Wednesday, June 22, 2011

DOKTOR??

D.O.K.T.O.R. Apakah yang menyebabkan seseorang itu ingin menjadi doktor? Pensyarah ana selalu cakap,"If you want to be a doctor, make sure that you really want to serve for the country, if you want to enjoy, don't do it,"
Kebanyakan doktor pula akan cakap,"Kalau kamu nak jadi doktor sebab nak glamour, atau nak kumpul duit, baik tak payah jadi doktor. Pastikan kamu betul-betul minat dalam bidang ni, barulah pilih untuk jadi doktor,"
Sesetengah ibu bapa pula akan cakap pada anak mereka," Jadilah doktor, pekerjaan terjamin. Doktor zaman sekarang ni memang tak pernah cukup,"

Macam-macam percakapan yang biasa kita dengar berkaitan isu ini. Bagi ana, untuk jadi doktor perlu ada minat. Kalau tiada minat, tak mustahil doktor itu boleh berjaya tetapi, mungkin hati dia tidak akan puas, atau mungkin tugasnya akan dilakukan dengan sambil lewa. Walau apapun, minat itu boleh dipupuk ketika belajar. Mungkin ada sesetengah orang yang memilih bidang kedoktoran sebab ibu bapa meminta mereka berbuat sedemikian. Ana rasa ana juga begitu. Mungkin kita boleh melihat perkara ini dari sudut yang positif. Cuba fikirkan, kenapa Allah memilih kita untuk menceburi bidang ini? Pasti ada sebabnya, pasti ada hikmahnya. Mungkin kita tidak nampak rasionalnya sekarang tetapi InsyaAllah suatu hari nanti kita akan menyedari hikmah di sebalik setiap ketentuanNya.

Jadikan hospital sebagai medan dakwah bagi kita. Kebanyakan pesakit di hospital pada hari ini tidak menunaikan solat. Apabila doktor menegur pesakit supaya solat, kemungkinan besar pesakit itu akan mendengar teguran kita lalu menunaikan solat. Kerana apa? Kerana, kita ialah doktor, masyarakat menghormati doktor. Itulah kelebihan yang kita ada. Oleh itu, semasa belajar, tuntutlah ilmu dunia dan juga ilmu akhirat dan sebarkanlah ilmu itu kepada masyarakat. Ingatlah tujuan kita diciptakan adalah untuk beribadah dan juga menjadi khalifah(pemimpin) di muka bumi ini.


"Apa-apa pun, kita kena jadi positif," ini adalah salah satu pesanan seorang doktor kepada ana. Dan mintalah pertolongan daripada Allah. Senjata terbaik bagi orang mukmin adalah doa. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ini. Ingatlah, kita ialah insan yang dipilih oleh Allah untuk menceburinya dan semestinya kita layak untuk bergelar sebagai doktor jika kita sentiasa yakin dan percaya akan ketentuanNya.

No comments: