Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips

Monday, August 15, 2011

Umat Islam Perlu Cemerlang...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Satu hari, ana menghadiri satu majlis ilmu. Apabila tiba sesi soal jawab bersama ustaz, ana tertarik dengan satu soalan. Soalannya lebih kurang begini,


“Assalamualaikum ustaz, alhamdulillah..sekarang penampilan saya semakin baik, selalu berkopiah bila ke kuliah, tapi keputusan peperiksaan saya kurang cemerlang. Jadi perlukah saya berhenti memakai kopiah.....”

Ketika itu, ana hampir tergelak, sebab bagi ana apa kaitan cara pemakaian dengan keputusan akademik kita? Tetapi, apabila ana mendengar ayat terakhirnya,

“....untuk mengelakkan fitnah?”

Barulah ana faham tujuan muslimin itu bertanya sedemikian. Jadi, jawapan ustaz itu ialah, “Tak perlu untuk buang kopiah, cuma enta perlu berusaha untuk memantapkan lagi keputusan enta, yang penting adalah usaha, keputusan itu serahkan pada Allah saja,”

Ana lega mendengarnya. Saat itu, barulah ana tersedar, betapa setiap perbuatan kita itu membawa imej Islam. Cara kita berjalan, cara pemakaian, cara pemakanan hatta keputusan akademik kita itu juga mampu mendatangkan fitnah kepada Islam jika kita tidak berusaha menjaganya.

Kadang-kadang kita mendengar orang sekeliling berkata,

“Kau selalu solat, selalu baca Quran, tapi akademik kau tak bagus pun,”
“Kau ni join usrah, tapi perangai kau teruk cam aku gak, so, buat apa nak join usrah? Tak de maknanya,”

Dialog di atas adalah rekaan semata-mata. Tetapi ana yakin dan percaya, pasti ada orang yang berkata sedemikian. Perkara ini secara tak langsung akan mendatangkan fitnah bagi agama kita!

Jadi, apa yang ana ingin katakan di sini ialah, sebagai umat Islam, kita perlu sentiasa menjadi yang terbaik! Setiap perkara yang perlu dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh, agar kita mampu menjadi umat Islam yang cemerlang.

Allah berfirman dalam Al-Quran, maksudnya,
"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah....." (Al-Imran:110)




Hatta Pencipta kita iaitu Allah s.w.t juga melaksanakan urusannya dengan tekun. Cuba bayangkan jika Allah bersikap sambil lewa seperti manusia, pasti bumi ini akan huru hara bukan? Sesungguhnya Allah itu tidak mempunyai sedikit kelemahan pun.

Tetapi, kita ini ialah makhlukNya yang maha lemah, tidak mampu berbuat sesuatu tanpa pertolongan daripada Allah. Allah berfirman dalam surah Al-Kahf, ayat 39, maksudnya,

“....(sungguh, atas kehendak Allah, semua ini tidak terwujud,) tidak ada kekuatan kecuali dengan (pertolongan) Allah,....

Ya, mungkin kita telah berusaha dengan sebaik mungkin untuk menjadi yang terbaik, namun tidak juga berjaya. Kenapa? Mungkin jika Allah bagi kita kejayaan saat itu, kita akan lupa diri dan menjadi semakin jauh dengan Allah. Jadi, bersangka baiklah dengan Allah dalam semua urusan kita.



Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi insan yang cemerlang dalam semua aspek demi Allah dan demi Islam! InsyaAllah..Teruskan perjuangan walaupun ianya bukan mudah!

 Moga-moga, penulisan ana ini memberi manfaat kepada kita semua. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu juga datang daripada Allah tetapi disandarkan atas kelemahan ana sendiri..wassalam 



No comments: