Apabila
segala usaha telah dilakukan, maka berserahlah kepada Allah dengan sepenuh
–penuh penyerahan…
Assalamualaikum
w.b.t..
Alhamdulillah,
Alhamdulillah, Alhamdulillah…segala puji bagi Allah kerana masih lagi
mengizinkan kita untuk bernafas sehingga saat ini, Allah masih lagi mengizinkan
kita untuk berdoa memohon keampunan atas dosa-dosa kita sehingga saat ini,
Allah masih lagi mengizinkan kita untuk menjadi umat Islam pada hari ini,
Alhamdulillah..
Kali ini, aku ingin berkongsi
satu kisah yang aku dengar daripada fellow(warden) yang menjaga arasku di
asrama. Satu kisah yang menunjukkan betapa pergantungan kepada Allah itu
amat-amat-amat penting.
Fellowku yang aku sanjungi
(kenapa aku menyanjungi beliau akan aku terangkan sebentar lagi) membahasakan dirinya
‘I’ atau kadang-kadang ‘saya’. Baru-baru ini, beliau mengalami kecederaan di
kakinya menyebabkan hujung tulang kakinya yang kecil(fibula klo x silap)
sedikit patah dan kakinya bengkak. Beliau tidak mampu untuk berjalan agak lama
(kurang pasti berapa lama tempohnya). Semakin diurut, kakinya semakin
membengkak, beliau semakin bimbang. Pemikirannya sudah mula membayangkan
bagaimana keadaannya jika beliau tidak mampu berjalan pada usia yang muda. Hati
beliau gusar sehingga pada suatu hari, ibu beliau mendapat ilham untuk mencuba
mengurut kaki beliau menggunakan minyak(x tau nme apa). Saat itu, beliau sudah
mula berputus asa, hanya tinggal pengharapan kepada Allah.
Katanya, “Ya Allah, kalau kaki ni sembuh, it’s
your work la,” (lebih kurang cam ni lah ayatnye)
Alhamdulillah, kakinya beransur
sembuh sehingga sekarang beliau sudah mampu berjalan seperti biasa. Itulah
pergantungan kepada Allah dengan sepenuhnya. Apabila kita telah berikhtiar
sedaya upaya kita, maka berserahlah kepada Allah kerana hanya dengan izin Allah
sesuatu perkara itu akan berlaku.
Kenapa
aku amat menyanjungi beliau? Kerana beliau sanggup meluangkan masa bersama-sama
pelajar lain, menyertai program anjuran hisbah(aras) bersama-sama. Ya, mungkin
kerana beliau masih lagi single, maka beliau mempunyai banyak masa untuk
diluangkan. Tetapi, aku yakin tidak semua fellow yang single sepertinya mampu
melakukan demikian, turun padang bersama-sama pelajar. Satu akhlak yang amat
bagus bagi seorang pemimpin.
marilah kita mengingati Allah sebanyak-banyaknye.. |
Sebab kedua, apabila aku bersamanya,
setiap kali sesuatu yang baik berlaku, beliau akan mengucapkan Alhamdulillah,
Allahuakbar, Subhanallah atau apa-apa sahaja zikir yang memuji Allah. Sikap
beliau seperti itu menyebabkan orang di sekelilingnya turut sama mengingati
Allah dan selama hampir 19 tahun aku hidup, jarang aku temui orang sebegitu.
Aku sendiri juga jarang mengucapkan Alhamdulillah jika sesuatu yang baik
berlaku. Perkataan pertama yang akan disebut ialah “Yes!! Adakah kalian juga
begitu?? Kalau tidak, Alhamdulillah..tetapi kalau ya, maka, marilah kita
sama-sama berubah, membasahkan lidah dengan zikir. Haiya bina!!
No comments:
Post a Comment