Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips
Showing posts with label getting married??. Show all posts
Showing posts with label getting married??. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

jatuh cintakah??


ehem2...hmm...satu minggu x update?? heheh..bese la, duk umh..mmg cmtu..so here i am!! new block n also new subjects ( of course + subject lme gak ckit2)...hmm..hari ni tetbe rs cm nk tulis smthg different than usual..hehe..apakah yg different itu???

pd suatu hari yg indah..tgh2 khusyuk study..tiba2....fon berbunyi...satu mesej msk..

"Acik nak kawen thn dpn ke?" sender : adik

terkejut saya dibuatnye..apsl plak adik aku nih tetbe tnye soalan cmtu?? ish4....

so sy rep

"uish, knape ttbe tnye soaln camtu?"

rpe2nye adk2 sy br blk dr kenduri kawen..tu yg duk sembg psl kawen..heheh...mcm2 la dorg nih..

i sent one more msg to her..

"....klo jodoh smpai awal kawen je lah, haha"

so, begitulah ceritanye...

hmm..berckp psl jodoh, de org sng je nk jmpe jodoh dy..de yg kne meredah lautan dlm, menyeberang sungai baru jmpe jodoh..ok da ter'over' ckit..pe2 pun yg pasti jodoh itu rahsia Allah..sblum tiba waktunya, kita x kn tau spe psngan kita kan??
hmm..susah la camni!*gye memberontak

huhu..x ksh la siapa pun dia, aturan Allah PASTI yang terbaik..so, kte x perlu nk memberontak, x puas hati..cuz HE KNOWS BETTER..

sy tertarik ngan lirik lagu nih..(lagu fav my bro) by deevotees-mahar cinta

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan

Bukanlah sekadar mainan

Tetapi sebuah janji


lafaz cinta itu satu janji! pernikahn itu satu janji..janji tuk hidup bersama bkn hanya di dunia bahkan ke syurga..insyaAllah..chewah!! jiwang x sy..heheh..so, it's not something that we can decide in one min..some people need years just to make the desicion..then ble da decide, tawakal pd Allah..mg pilihn itu adlh yg terbaik (cr berckp cm org expert je)..hehe...

sejujurnye, sy mmg x lyk pun nk ckp psl kawen nih..umur pun br 19 thn..klo pjg umur thn dpn msk 20..hmm..da bsr rpenye aku nih (x de la bsr sgt pun utk kawen)..heheh

but, yes..besenye time umur camni la topik cinta sgt 'hot' kan?? however, getting married is not that easy..(or de yg bercinta tp x nk kawen?? pelik tuh)

"but, we love each other!" 

yes, but love only is not enough to build a happy family n the most important thing..keluarga yg diredhai Allah...

so, sy menyeru diri n juga shbt2 di luar...jglah cinta kte pd Allah, insyaAllah jodoh tu akn ada..klo bkn kt dunia msti ada di syurga :)

sambungan lagu tadi..

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa

Namun bimbang diri kan terleka

Hanyut dibuai angan dan mimpi indah

Hingga terabai segala cita

Sedang khayalan tak menjanjikan

Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran


jatuh cinta sblm kawen?? ntah..sy x berani komen psl ni..tp bg sy klo da terlajak jatuh cinta..we have to try our best to control that feeling :) mujahadah tu pyh kn?? sbb tu ganjarannye juga hebat!!

someone ajar sy doa ni

"jika dia yg terbaik bagiku, agamaku, hidupku dan akhir kehidupanku, maka takdirknlah dia utkku, permudhkanlah dia bagiku dan berkatkanlah, namun andai dia tdk baik utkku, agamaku, hidupku dan akhir hidupku, Kau palingkanlah dia drku dan palingkanlah aku darinya..kurniakanlah kebaikan pd setiap yg berlaku dan aku redha dengan pilihanMu"

huhu...ujian perasaan ni sgt berat kn?? klo kita x mampu kwl, habislaa~pe2 pun byk2kn istighfar..minta tolong pd Allah..kekuatan itukn dtgnye dr Allah, kash syg pun dtg dr Allah..so, pe2 pun kmbali pada Allah..

wahai hati..moga kau terus kuat bermujahadah :)

p/s : duk sibuk doa utk dpt jodoh yg baik, jgn lpe doakn utk saudara kt Palestin skali*kenyit mata sambil senyum 




Monday, January 30, 2012

Perkahwinan itu....



Perkahwinan itu bukannya hanya melibatkan penyatuan hati dua insan yang saling mencintai tetapi perkahwinan itu melibatkan pembinaan ummah..

Assalamualaikum sahabat-sahabatku yang disayangi kerana Allah, moga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya, insyaAllah. Alhamdulillah, pada kali ini aku masih lagi diberi kesempatan masa dan ruang untuk menceritakan kisahku kepada kalian.

Sahabatku,
                Alhamdulillah, segala puji bagi Allah sekali lagi kerana semalam(28 jan) aku telah menghadiri majlis perkahwinan salah seorang sahabatku yang menuntut di UIA juga bersama-samaku. Sejujurnya, aku begitu teruja kerana sahabatku itu ialah sahabatku yang pertama mendirikan rumah tangga dan aku juga bagaikan tidak percaya kerana aku sudah melalui pengalaman memilih hadiah perkahwinan untuk sahabat sendiri. Memang, ada kelainan yang akan dirasai apabila aku menghadiri majlis perkahwinan sahabat sendiri dengan majlis perkahwinan orang lain. Itu merupakan sesuatu yang berada di luar jangkaanku untuk mengalami pengalaman sedemikian seawal ini. Tetapi, SubhanAllah itulah kehebatan aturan Tuhan, tiada sesiapapun dapat mengagak apa yang akan berlaku pada masa akan datang.

                Hikmah(pengajaran) pertama yang ingin aku kongsikan di sini adalah tentang suasana perkahwinan itu sendiri. Buat pertama kalinya, aku berasakan aku menghadiri sebuah perkahwinan yang aku kira sangat bersederhana tetapi meriah. Perkahwinan itu diadakan di masjid Al-Ghazali(kalau tak silap) berdekatan dengan SMKA K.Lumpur. Pengantin perempuan iaitu sahabatku hanya memakai pakaian yang bagi aku, ringkas tetapi cantik di mata manusia dan insyaAllah cantik pada pandangan Allah juga. Di atas kepalanya juga ada mahkota seperti pengantin yang lain yang pernah aku lihat tetapi apa kelainannya? Sahabatku memakai jubah berwarna cream dihiasi dengan sedikit labucci dan bertudung labuh, amat berlainan dengan majlis perkahwinan yang pernah aku hadiri sebelum ini. Itulah keistimewaan perkahwinan yang aku hadiri semalam.


                Hikmah kedua yang dapat aku ambil adalah tentang solat secara berjemaah. Majlis yang diadakan di masjid secara tidak langsung akan mengumpul ramai umat Islam di masjid dan secara tidak langsung juga telah mengimarahkan masjid. Alhamdulillah, aku dan juga sahabat-sahabatku yang menghadiri majlis perkahwinan itu bersamaku tiba di masjid hampir pukul satu dan sebaik sahaja kami selesai menjamu selera, azan berkumandang. Saat itulah para tetamu muslimin dan muslimat bersiap sedia untuk menunaikan solat zohor secara berjemaah di dalam masjid. Satu ketenangan menyapa diriku saat aku mendirikan solat di situ. Solat berjemaah menunjukkan kesatuan ummah, yang apabila dilihat oleh orang-orang kafir, mereka akan berasa gerun kepada umat Islam. Jadi, apa yang ingin aku sampaikan di sini ialah majlis perkahwinan itu secara tidak langsung mewujudkan penyatuan umat Islam, insyaAllah. Moga perkahwinan sahabatku itu diberkati.

                Hikmah ketiga, kelainan yang dapat aku perhatikan ialah tiadanya majlis persandingan. Ketika menghadiri majlis itu, aku tidak nampak pelamin seperti yang aku lihat pada majlis pernikahan sebelum ini. Aku yakin kita semua tahu bahawa majlis persandingan hanyalah satu adat semata-mata dan pengantin tidak digalakkan untuk bersanding kerana persandingan adalah seperti mempamerkan kecantikan di hadapan khalayak ramai. Pada pendapat aku, majlis persandingan boleh diadakan tetapi hanyalah di hadapan saudara-saudara terdekat sahaja. Aku rasa ini adalah salah satu perbezaan majlis perkahwinan orang yang betul-betul faham tujuan majlis itu diadakan iaitu untuk menguar-uarkan kepada orang ramai tentang pernikahan mereka.

sweetnye..=P


                Jika aku ingin kongsikan seluruh ibrah(pengajaran) yang aku dapat mungkin terlalu banyak. Tetapi, apa yang dapat aku simpulkan melalui majlis perkahwinan sahabatku itu ialah perkahwinan itu bukannya hanyalah penyatuan hati antara dua insan yang saling mencintai tetapi perkahwinan itu berkaitan dengan pembangunan ummah. Penyatuan dua insan yang soleh akan membina baitulMuslim(Rumah Orang Islam). Baitul Muslim inilah yang akan melahirkan generasi ummat Nabi Muhammad s.a.w yang soleh, yang dapat mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya yang pada hari ini semakin pudar. Melalui perkahwinan itu sahaja dapat memberi banyak nilai islamik kepada masyarakat yang memerhati.

Baitul Muslim itu tidak akan terbina dengan hanya menikahi orang yang soleh tetapi bermula dengan diri kita. Sebelum tibanya saat pernikahan, kita perlu membentuk diri kita, berusaha sedaya upaya menjadi seorang yang soleh agar kita boleh membimbing anak-anak kita dan juga mungkin pasangan kita itu sendiri kerana kekurangannya mungkin adalah kelebihan kita dan sebaliknya,insyaAllah. Sekali lagi aku tegaskan buatmu sahabat, perkahwinan itu bukan hanya melibatkan cinta tetapi juga melibatkan pembangunan ummat, wallhu’alam.