Khas buat lyn, amani, ainee, HBO, alyaa', ainma, syahirah
Assalamualaikum
w.b.t sahabat2 yang disayangi dan dirindui kerana Allah, moga kita semua
sentiasa dalam redha Allah, insyaAllah..
Semalam(15 feb) aku menghadiri
satu majlis pembukaan Khadijah Festival (K-Fest) di Mahallah Khadijah UIA PJ.
Kami menunaikan solat berjemaah, berselawat dan menonton video ceramah 30 minit
bersama Ustaz Don. Majlis pembukaan yang boleh juga dikatakan sebagai satu majlis
ilmu, more to celebration of Maulud Nabi Muhammad s.a.w..lagu tema K-Fest ialah
lagu Jalinan by UNIC, rasanya sume tau kan?? Memang kita biasa dengar lagu tu,
bes kan?? Kan?? Rentaknya rancak. Tapi, semalam bila aku dengar lagu itu,
betul-betul dengan penuh penghayatan aku membaca lirik lagu yang dipaparkan,
ada satu kelainan yang aku rasa..semacam satu peringatan buat aku, membuat hati
aku sebak..
Ni chorus
lagu tu yang aku sangat-sangat terkesan..
Indahnya
jika kita dapat bersama, hidup selalu gembira di dunia ini..
Lagi
indahnya jika kita dapat bersama, hidup di dalam gembira di akhirat sana..
Ukhwafillah…bersahabat kerana Allah..saling
mencintai kerana Allah..orang yang saling mencintai kerana Allah akan bersama
di syurga kelak, insyaAllah..beskan kalau kita dpt bersama dengan org yang kita
syg, kat dunia ni?? Tapi2, lagi bes kalau kita jge dpt bersama ngan mereka di
akhirat nanti..
Terasa ada satu tangunggjawab besar yang
tergalas di bahu ini. Kenapa? Kerana org yang aku syg tidak solat berjemaah
bersama-sama aku, tidak menghadiri majlis ilmu bersama-sama aku..Aku sebak
apabila menyanyikan lagu itu kerana aku tidak mampu mengajak sahabat-sahabatku yang
aku cintai di UIA PJ ini untuk turut sama bersama aku di saat itu, berada dalam
satu majlis ilmu yang dipayungi oleh sayap malaikat. Aku sebak kerana aku tidak
berdaya untuk mengajak mereka ke jalan tarbiyah bersama aku..aku cuba, namun
hidayah itu hanya milik Allah..
Harapanku, kalian di luar
sana..carilah sesuatu yang akan mendekatkan kalian dengan Allah…carilah sesuatu
yang akan menambahkan kecintaan kalian kepada Allah..carilah sesuatu yang akan
membentuk diri kalian menjadi muslimah solehah..aku amat merindui zaman
persekolahan, berada di surau bersama-sama, mendengar tazkirah subuh
bersama-sama.. satu kenangan yang sangat bermakna..dan mungkin tidak akan
berulang lagi kerana batasan jarak dan waktu..
Kini, aku berada dalam jalan
tarbiyah..aku mengenal usrah, dari situ aku mengenali erti dakwah..dakwah untuk
mengajak umat Islam kembali kepadaNya, dakwah untuk mengajak diri aku dan
orang-orang yang aku sayang kembali kepada Al-Quran. Aku masih lagi bertatih dalam dunia dakwah..mungkin
aku masih lagi takut-takut, bicaraku masih lagi belum mantap. Jadi, inilah(penulisan)
yang aku lakukan sebagai langkah awalku dalam berdakwah..
Sahabatku, aku tahu kalian
mempunyai kelebihan masing-masing. Kelebihan yang cukup mantap yang boleh
digunakan untuk menaikkan semula Islam. Maka, aku menyeru diriku dan juga
kalian, gunakanlah kelebihan yang ada pada kita dengan sepenuhnya untuk
membantu perjuangan Islam..dengan itu, walaupun jasad kita jauh, namun matlamat
kita satu, menuju kepada Allah, maka itu sudah cukup untuk membolehkan kita
bertemu di syurga kelak, insyaAllah..
Kata-kata terakhir buat penulisan kali ini,
hati manusia itu berbolak-balik, mungkin suatu saat imanku akan jatuh, mungkin
apabila diuji aku akan tersungkur, maka pada saat itu, hanya kepada kalianlah
aku berharap, hulurkanlah tanganmu kepada ku, agar aku mampu bangkit semula..kembali
kepada Allah..uhibbukunnafillah..
Daripada
sahabatmu di UIA PJ
No comments:
Post a Comment