Assalamualaikum
w.b.t…
Pada saat
ini, aku agak kecewa dengan kejadian yang berlaku di sekeliling aku. Jadi aku
menulis ini untuk menaikkan semangat aku..semangat untuk berdakwah!! Moga boleh
meningkatkan semangat dakwah kamu juga (^_^)
Salah seorang ahli Aqsa Syarif
pernah berkata dalam sebuah forum yang diadakan di tempat pengajianku, “Seorang
warga Palestin berkata kepada saya,
“Aku tidak
bimbangkan orangku di sini(Palestin), tetapi aku bimbangkan orang Islam di
tempatmu,” saya hairan jadi saya bertanya kepadanya, “Kenapa?”
Maka warga
Palestin itu menjawab, “Kami di sini diuji dengan peperangan, berpeluang untuk
syahid di jalan Allah namun kalian diuji dengan kenikmatan dan kesenangan,
ujian itu akan lebih mudah melalaikan kalian,”
Okey,
setakat itu kata-kata ahli Aqsa Syarif itu. Hal lain, juga berkaitan dengan
Palestin. Aku pernah baca satu buku bertajuk Sinergi karya Hilal Asyraf, di
dalam buku itu ada menyatakan lebih kurang begini..
“Rakyat
Palestin tidak mengharapkan kita membantu mereka di sana, tetapi cukuplah
dengan mengukuhkan
akidah masyarakat kita”
That’s it!!
We have to strengthen our aqidah!! And aqidah of community!! But, how??????
Mari kita
buka buku sejarah Islam..bagaimana Rasulullah s.a.w mengukuhkan aqidah umat,
menegakkan kalimah syahadah (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah,
Muhammad itu pesuruh Allah).
Pengukuhan
akidah berlaku dengan proses tarbiyah secara berterusan. Gimana?? Dengan
berusrah!! Apabila adanya usrah, akan adanya orang yang akan ‘follow-up’ kita.
Perubahan ke arah kebaikan bukanlah sesuatu yang mudah. Syaitan jin dan manusia
akan sentiasa menghasut kita, menghalang kita untuk berubah. Makanya, kita
tidak boleh sendiri, kita perlukan orang yang sefikrah(satu pegangan) dengan
kita. Ahli-ahli usrah itulah orang yang sefikrah dengan kita, insyaAllah..
Jadi,
kesimpulannya..marilah berusrah!!!
Untuk
mengajak tidak semudah mengatakannya. Jadi aku fikir, walaupun hanya seorang
sahaja daripada seribu orang di tempatku yang mahu bersama-sama aku, aku perlu
teruskan perjuangan..kerana mungkin dengan seorang itu akan lahirnya
orang-orang lain, insyaAllah..dan jika Rasulullah berada bersama kita sekarang,
aku yakin baginda tidak akan membiarkan masyarakat pada hari ini terus leka.
Aku yakin baginda akan terus mencari ikhtiar untuk merawat akidah masyarakat.
Maka, aku juga perlu begitu!! Dan kamu juga!! Kita bukan sahaja perlu menjadi
ummat yang bangga dengan Rasulullah s.a.w tetapi kita juga perlu menjadi umat
yang dibanggakan oleh baginda!!
Ya Allah
berilah kekuatan kepadaku dan semua orang yang berjuang untuk menegakkan
agamamu agar kami terus berada di jalan ini. Bantulah kami dan bimbinglah kami,
sesungguhnya tiada kekuatan melainkan dengan pertolonganMu..amin
No comments:
Post a Comment