Islam itu
pasti akan bangkit suatu hari nanti, adakah kita hanya ingin menjadi pemerhati
atau penggerak kepada kebangkitan itu?
Assalamualaikum
ukhti wa akhi..
Alhamdulillah, pada hari ini
kita masih lagi mampu menghirup udara pagi yang segar, menghadiri kuliah dengan
aman, makan makanan yang enak bersama teman-teman dan banyak lagi nikmat lain
yang mungkin tidak terdapat di negara lain. Alhamdulillah kerana aku diberi
kesempatan untuk berkongsi kisah harianku yang seterusnya dan Alhamdulillah
kerana Allah membuka pintu hati kalian untuk membaca. Sesungguhnya ini adalah
usahaku untuk membawa kita sama-sama kembali kepada Allah, insyaAllah. Moga
Allah redha, amin.
Semalam(30 jan), pihak
FRC(Facilitator Representative Coucil) UIA PJ telah menganjurkan sebuah forum
bertajuk Palestine and You. Speaker yang dijemput ialah wakil daripada MERCY
dan juga wakil daripada AQSA Syarif, dua pertubuhan yang pernah ke Gaza untuk
membantu saudara kita di Palestin. Jadi, banyak persoalan yang dilontarkan dan
insyaAllah akan aku kongsikan serba sedikit ilmu yang aku dapat kepada kalian.
I'll join this one day, insyaAllah |
Sahabatku,
Knapa isu umat Islam di Palestin
sentiasa dibangkitkan? Kenapa tidak isu di Acheh? China? Di sana juga ada umat
Islam. Sebab isu Palestin ialah isu yang tidak pernah selesai sejak
bertahun-tahun dulu. Whoever rules Palestine will rule the world! That’s the main point. Palestin ialah hak
umat Islam, tanah suci orang Islam, makanya kita perlu mempertahankan hak kita.
Wakil MERCY, Dr Ikram menceritakan pengalamannya
bahawa ketika beliau pergi ke Acheh dalam satu aktiviti sukarelawan, seorang
mangsa bertanya kepada beliau, kenapa di Acheh? Kenapa umat Islam?
Sama juga keadaan di Gaza, seorang penduduk di sana bertanya kepadanya, kenapa
mereka diserang, sedangkan Allah menjanjikan rahmat kepada umat Islam. Allah
pilih bencana alam atau peperangan berlaku di negara Islam sebab Allah mahukan respond
kita kepadaNya, buat sesuatu untuk bantu saudara seagama, bukannya duduk di
hadapan televisyen, menonton berita dan berkata, “Kesiannya mereka,” kemudian
fullstop. Itu sahajakah yang kita dapat lakukan? Seandainya begitu, adakah kita
ini layak bergelar seorang Muslim?
Kenapa umat Islam pada hari ini kurang cakna
tentang isu di Palestin? Encik Azmi, wakil daripada AQSA Syarif menjawab,
“Orang Islam bukan tak ambik cakna isu Palestin sahaja tapi tak ambik cakna isu
seluruh umat Islam,” Kenapa? Kerana leka dengan kesenangan. Mungkin kita rasa negara
kita tidak diserang atau tidak ditimpa bencana alam kerana kita ini bagus, jadi
Allah tidak menghukum kita. Seorang penduduk di Gaza pernah berkata kepada En
Azmi, “Aku tak kisah tentang aku di sini kerana insyaAllah, aku diberi peluang
untuk syahid di jalan Allah tetapi aku bimbangkan kalian yang diuji dengan
kesenangan. Nah! Itulah pemikiran mereka, kesenangan kita di Malaysia ini
adalah satu ujian kepada kita dan kebiasaannya ujian kesenangan itulah akan
lebih melalaikan kita dan melupakan kita kepada Allah. Agenda yahudi, mencipta
game-game percuma di FB, internet supaya kita leka. Walaupun kita tidak
membayar mereka dengan wang tetapi kita membayar mereka dengan masa kita ketika
bermain game itu, dan itulah matlamat mereka! Untuk melalaikan kita agar kita
tidak ambil peduli isu saudara kita!
Bila isu Palestin akan selesai??
Isu ini akan selesai dengan sendirinya. Umat Islam akan bangkit semula, sejarah
Islam akan berulang! Itu janji Allah, Palestin akan menang suatu hari nanti.
Islam itu akan berada di atas suatu hari nanti! Persoalannya, adakah kita ingin
menjadi pemerhati kepada kebangkitan itu atau penggerak kepada kebangkitan
itu?? Tepuk dada tanya iman. Jika inginkan pahala lebih, jadilah penggerak
(^_~)
Mungkin sebagai pelajar, tidak
banyak yang kita dapat lakukan. Bagi yang berjawatan di kampus boleh mengadakan
program seperti yang diadakan di UIA PJ, bagi manusia biasa seperti aku??
Inilah usahaku, mungkin tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya aku
sudah mempunyai jawapan di hadapan Allah jika Allah menyoalku tentang isu di
Palestin. En Azmi berkongsi kisah nabi Ibrahim a.s ketika baginda dibakar
hidup-hidup oleh kaum musyrikin. Api menyala sangat marak. Kemudian, ada seekor
burung kecil mengambil air daripada sungai lalu dititiskan ke atas api yang
marak itu. Lalu ada makhluk lain(aku kurang pasti) yang berkata kepadanya,
“Sesungguhnya, perbuatanmu itu sia-sia, air yang sedikit itu tidak akan mampu
memadamkan api yang marak itu,” jadi burung tu jawab,” walaupun air ni hanya
setitis tetapi sekurang-kurangnya aku sudah mempunyai jawapan apabila aku disoal
oleh Allah tentang peristiwa ini,”
Sama ada api itu terpadam atau
tidak, itu urusan Allah. Dia boleh lakukan apa sahaja yang Dia kehendaki. Allah
mentakdirkan bahawa api itu akan sejuk, maka itulah yang terjadi. Apa yang
dilakukan oleh burung itu tidak penting sebenarnya tetapi kenapa burung itu
tetap melakukannya? Kerana Allah menilai kepada keikhlasan bukannya menilai
kepada keputusan kerana keputusan itu terletak kepada Allah. Begitu juga dengan
situasi umat Islam pada hari ini. Allah janji bahawa Islam itu akan bangkit,
makanya Islam itu pasti akan naik. Kita semua ini tidak penting untuk
kebangkitan Islam kerana Allah mampu melakukannya sendiri. Tetapi kenapa Allah
tidak melakukannya sekarang? Kerana Allah ingin memberi kepada kita peluang untuk
mendapat pahala. Makanya, mengapa kita ingin mensia-siakan peluang itu? Allah
ingin menguji sejauh mana keikhlasan kita dalam beragama. Walaupun apa yang
kita lakukan itu mungkin hanya secubit tetapi selagi mana hati kita ikhlas,
insyaAllah akan menjadi saham kita di akhirat kelak, wallahu’alam. Sekian,
wassalam…
No comments:
Post a Comment