Kehidupan
itu satu anugerah, maka hargailah ia selagi kita masih lagi diberi kesempatan..
Assalamualaikum
w.b.t..
Sahabat-sahabatku,
Pada hari ini, perjalanan
hidupku berjalan seperti biasa, pada waktu pagi aku bangun menunaikan solat
subuh, kemudian, pada pukul 9.00 pagi aku ke kuliah, kemudian, makan tengah hari,
solat, ke kuliah semula, solat, mandi, solat, study, tidur…begitu sahajakah
perjalanan hidupku?? Setiap hari??
Oh…tidak!!!! Adakah itu sahaja
tujuan Allah menciptakan aku?? Solat, belajar, makan, tidur?? Tidak, aku pasti
bukan itu sahaja tujuan aku diciptakan. Aku ada tanggungjawab lain..satu
tanggungjawab yang sangat besar yang kadang-kadang aku abaikan..
Yang penting aku tunaikan kewajipan aku, solat
fardu, berpuasa pada bulan Ramadhan..itulah tanggungjawab aku, ada
tanggungjawab lain lagi ke??
Yup! Aku menunaikan kewajipanku,
Alhamdulillah. Aku diberi kekuatan oleh Allah untuk menunaikannya, tetapi
bagaimana dengan orang di sekelilingku?? Sahabat-sahabatku?? Saudariku?? Mereka
juga menunaikan solat seperti akukah?? Mereka juga menutup auratkah??
Alhamdulillah, aku dikelilingi oleh orang-orang yang menjaga solat dan cara
pemakaian mereka, menjaga pergaulan dan tutur kata mereka, insyaAllah.
Tapi, sudah pasti tidak semua
orang yang aku kenal adalah seperti itu. Maka adakah aku perlu membiarkan
mereka begitu?? Orang yang mungkin menunaikan solat, tetapi mengabaikan yang
lainnya?? Tidak mengamalkan Islam yang sebenarnya?? Itulah tanggungjawabku,
tanggungjawab kita semua yang diberi kefahaman, insyaAllah.
Apa tangunggjawab itu?? Mengajak
diri aku dan juga orang lain kembali kepada Al-Quran. Ya, aku tidak sempurna,
ibadahku tak sehebat mana, solatku mungkin tidak seberapa, bacaan Al-Quranku
mungkin tidak mantap, dosaku mungkin lebih banyak daripada orang lain tetapi
adakah itu alasan yang cukup kuat untuk aku berikan kepada Allah kelak
seandainya aku disoal tentang tanggungjawabku ini??
Manusia bukan malaikat, manusia
tidak akan mampu lari daripada dosa, manusia tidak akan mampu sentiasa taat
kepada Alah seperti para malaikat. Sebab manusia ialah manusia, tidak akan jadi
seperti malaikat! Jadi, jika aku ingin menunggu sehingga aku ini sempurna dalam
ibadah dan segala-galanya persis seperti malaikat, mungkin masa itu tidak akan
tiba. Sampai bila?? Apabila kiamat tiba pun belum tentu amalanku sempurna.
Al-Quran itu satu kitab yang lengkap buat seluruh ummah! |
Jadi, sahabat-sahabatku yang
amat aku sayangi, ayuhlah kita berpimpin tangan bersama-sama menuju ke jalan
yang membawa kita ke syurga, insyaAllah. Tetapi, adakah kita ingin masuk ke
syurga dan membiarkan sahabat-sahabat kita yang mungkin berada di jalan yang
menuju ke sebaliknya?? Tidak mahukah kita menghulurkan tangan kita kepada
mereka agar mereka juga bersama-sama dengan kita??
Dalam kita melakukan perubahan
ke arah kebaikan, ajaklah orang lain agar sama-sama berubah bersama kita.
Mungkin tidak mampu mengajak dengan mulut, kita boleh berdakwah melalui
teladan, mungkin boleh berdakwah melalui penulisan, mungkin boleh berdoa untuk
sahabat-sahabat kita agar mereka juga diberikan hidayah oleh Allah seperti
Allah memberi hidayah kepada kita.
Mungkin kita kecewa, mungkin kita berasakan
bahawa perbuatan kita itu sia-sia, tetapi yakinlah pada Allah. Allah tidak
melihat pada natijah tetapi Allah melihat kepada usaha kita. Sudah pasti
hidayah itu milik Allah dan hanya Allah yang berkuasa untuk memberikannya
kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Ucapan kita, penulisan kita, qudwah kita
dan doa kita itu hanyalah usaha yang kita mampu lakukan sebagai seorang
manusia. Itulah tanggungjawab kita, itulah tujuan kita diciptakan, bukan untuk
solat, makan, belajar dan tidur semata-mata.
Ayuh rijal dan nisa’!! Ajaklah
diri dan orang lain agar kembali kepada Al-Quran, berpegang kepada agama tauhid
yang satu iaitu Islam! Membentuk diri dan orang lain dengan Islam yang
sebenarnya!! InsyaAllah!! Allahuakbar!! Lailahaillallah!!
1 comment:
haiyya2!!!!
Post a Comment