Animated Social Gadget - Blogger And Wordpress Tips

Thursday, March 15, 2012

Hati ini..kenapa??



Kadang-kadang pernah tak terasa ada sesuatu yg tidak kena,
Rasa bahagia, tapi x berapa bahagia,
Rasa gembira, tapi sebenarnya tidak gembira,
Rasa nak sesuatu, tapi tidak tahu nak apa…
Hmmm…pernah ke rasa seperti itu????

Kalau pernah, maksudnya hati kita sedang mencari fitrah..
Fitrah hidup bertuhan..
Hati kita memerlukan pengisian,
Pengisian rohani,
Hati kita sedang kehausan,
Kelaparan dengan makanan rohani..
Jiwa kita kosong..

Begitulah jiwa manusia yang jauh daripada Tuhan..
Hari-hari berlalu bagaikan tiada makna..
Tidak membawa sebarang erti kepadanya..
Hidupnya seperti lalang..
Meliang-liuk mengikut arah angin..
Hidup tanpa matlamat..
Hanya mengikut arus kemodenan..
Orang lain ada kereta besar..
Kita pun nak beli kereta besar..
Orang lain ada rumah seindah istana..
Kita pun nak rumah seperti itu..
Orang ada tu, kita pun nak..
Orang ada ni, kita pun nak..
Sampai bila?? Sampai mati??
Sampai mati begitu??

Jika begitu,
Apa makna kehidupan??
Kita hanya diciptakan semata-mata untuk itu??
Kita hanya diciptakan semata-mata untuk merasai kemewahan??
Kegembiraan berada di dunia??
Maka bagaimana dengan orang miskin??
Orang yang menderita?
Adakah mereka juga dicipta untuk merasai keindahan hidup di dunia??
Jika ditanya kepada orang miskin..
Adakah mereka bahagia??
Tidak!!

Manusia tidak mungkin bahagia tanpa memenuhi fitrahnya..
Manusia miskin akan bahagia jika dia dekat kepada Tuhan..
Manusia kaya akan bahagia jika dia patuh hanya kepada Tuhan..
Manusia menderita penyakit akan bahagia jika dia yakin dengan janji Tuhan..

Manusia…
Hanya akan bahagia hanya dengan kembali kepada Tuhan..
Kembali kepada Pencipta..
Kerana hanya Pencipta yang tahu perkara yang diperlukan oleh makhluk ciptaanNya..

Maka saudara dan saudariku…
Kita ialah manusia..
Manusia yang memerlukan Allah dalam kehidupan kita,
Manusia yang hanya akan mendapat kebahagiaan hakiki..
Dengan kembali kepada Allah…
Kembali kepada Al-Quran..
Kembali kepada Sunnah..
Kerana..
Pada hakikatnya..itulah yang kita perlukan.. 

No comments: