Assalamualakum
w.b.t..Alhamdulillah, hari ini aku menghadiri satu majlis kenduri doa selamat
di rumah salah seorang sahabatku..dlm perjalanan ke sana, aku mendapat satu
mutiara ilmu yang akan aku kongsikan di sini, insyaAllah..
Untuk ke
rumah sahabatku, aku perlu menaiki LRT drpd LRT Universiti ke Taman Melati.
Jrknya agak jauh, mengambil masa lebih kurang 40 minit. Dlm perjalanan ke Taman
Melati, aku sempat bersembang dgn seorang mak cik yang sdh agak berumur..mybe
boleh dikatakan nenek lah..kami mempunyai destinasi yg sama..katanya mahu
menemui cucunya di Taman Melati. Kemudian, mak cik itu bercerita tentang
keluarganya, sahabat baiknya..panjang lebar ceritanya, walaupun tidak semua
yang aku fahami namun aku hanya mengangguk dan mendengar dengan setia.
Sahabatku
yang juga bersama-sama ku ingin ke rumah sahabat kami hanya melihat aku berbual
bersama mak cik itu. Sebaik sahaja kami tiba di destinasi, aku bersama
sahabatku serta mak cik itu keluar daripada LRT. Kemudian sahabat aku berkata,
“Semangat mak cik tu bercerita,”
Aku hanya
mengiyakannya. Kemudian sahabatku menyambung, katanya, “Biasalah, orang tua,
memang suka bercerita,” bermulalah satu perkongsian mutiara ilmu..
Sahabatku
menyambung, ceritanya..dia pernah membaca satu buku, dalam buku tu menceritakan
sesuatu..katanya ada org mengadu kepada ustaz (penulis) bahawa dia sudah penat
mendengar ibunya yang sudah tua bercerita kepadanya, balik-balik ulang benda
yang sama, orang itu menjadi bosan. Kemudian ustaz itu menyatakan bahawa kita
sebagai anak, itulah jasa yang kita boleh lakukan, iaitu menjadi pendengar yang
setia, walaupun mungkin setiap hari kita mendengar benda yang sama daripada
mulut ibu, jadilah pendengar yang setia, itu juga dikira berbakti kepada ibu.
Ya, ibuku mungkin masih muda, jadi aku tidak tahu, mungkin aku juga tidak mampu menjadi pendengar yang setia buatnya apabila ibuku mencecah usia tua. Namun, aku memohon Allah memberi kekuatan, agar aku dan juga adik-beradikku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, dulu, kini dan selamanya, selagi hayat dikandung badan, insyaAllah..
Kemudian, ada orang lain menasihatkan bahawa hargailah ibu yang masih ada,
kerana dulu ketika ibunya masih hidup, dia juga bosan mendengar cerita-cerita
ibunya yang berulang-ulang, namun sejak kematian ibunya, dia rindu..rindu untuk
mendengar celoteh ibunya..tapi, tiada apa yang mampu dilakukan melainkan
penyesalan..
Manusia,
selalu mengambil mudah akan sesuatu..terutama apabila kita mendapat sesuatu itu
dengan mudah. Contoh paling mudah, seperti keluarga kita sendiri, apabila
berjauhan baru ingin berbuat baik tetapi apabila mereka di hadapan kita adakah
kita melayan mereka dengan baik?
Kaitkan
dengan agama..mungkin orang melayu yang lahir dalam keluarga Islam secara
automatiknya akan menjadi Islam, setiap hari kita dilimpahi cahaya Islam dalam
hidup kita sehingga kita tidak mampu merasai nikmat cahaya itu. Sebab itu,
selalunya orang mualaf (yang baru masuk Islam), mereka lebih mantap daripada
kita dari segi akidah kerana mereka pernah merasai kegelapan (kekufuran) dalam
kehidupan mereka. Mereka pernah merasai betapa tidak seronoknya berada dalam
kegelapan, dan Islam datang memberi cahaya kepada mereka yang teraba-raba di
dalam kegelapan itu.
Aku
mengingatkan diriku dan kalian, hargailah setiap sesuatu yang kita miliki,
hargailah orang yang kita sayangi selagi mana mereka masih bernafas di atas muka
bumi ini, hargailah setiap nafas kita..nikmat iman dan Islam..hargailah
segala-galanya, sebelum kita kehilangan segala-galanya..nauzubillah..
wallahu'alam..wassalam..
1 comment:
yup2.. mmg secara biology nya mmg org2 tua tend to mengulang kata2 yg sama.. so sbb tu da x irritate sgt bila tuk mengulang657 n mengulang334 kata2, crita2, pertanyaan2 yg sama... coz mmg biologicaly kita mmg mcm tu.. so x lay nak slhkan sapa2.. x lay nak slhkan org2 tua coz dorg x sengaja wat mcm tu... maybe dorg sndrik x sdar da pernah tanya, or da pernah crita pasal menda tuh...
smmgnya hati pown baran bila kita disogokkan ngan kata2 yg sama.. well darah mudalah katakan.. tp bila tringat balik an-nas... kita patut trasa yg "oiy, syaitan tgh wat kerja tuh.. setan yg membakar2 hati kamu!!"
bila kita dpt rasa tu.. outomaticaly tetiba hati rasa sejuk... btol.. x tipu.. well.. he4.. wallahualam smpai bila diri akn terkesan ngan taktik tu coz setan akn sntiasa ubh n cuba tektik2 baru yg lagi canggih.. sbb tu kita kne ada pertambahan iman,fikrah agr kita bley lwn setan tu.. bila setan pusing knn hati kita, kita bley pusing kiri balik, luruskan hati... iA..
jagalah hati.. biarlah marah, seday, takut kita hanya kerna Allah.. ameen...
Post a Comment