Ya Allah...permudahkanlah urusan kami..hati ana berdoa, memohon pertolongan daripada Dia Yang Esa. Sejak pagi itu, pelbagai halangan berlaku menyebabkan ana tidak dapat keluar bersama abang dan kakak ana untuk membeli barang. Ketika itu, ana hanya mampu berdoa supaya Allah mempermudahkan urusan kami semua. Begitulah manusia yang lemah, apabila ditimpa kesusahan akan tetap kembali kepada Penciptanya, memohon kepada Penciptanya. Namun, adakah perkara yang sama berlaku apabila manusia berada dalam kesenangan?
Sabda Rasulullah s.a.w, "Sesiapa yang suka Allah mengabulkan doanya ketika dalam kesusahan, maka hendaklah ia memperbanyakkan doa ketika dalam kesenangan" (Riwayat Al-Tarmizi dari Abu Hurairah)
Setelah puas menunggu, akhirnya..tepat pukul 9:15 malam, abang dan kakak ana tiba di UIA PJ. Pada mulanya, ana ragu-ragu sama ada ana ingin keluar ataupun tidak, kerana waktu keluar akan berakhir pada pukul 10 malam, seandainya ana lewat pulang, ana mungkin didenda dengan bayaran sebanyak RM50. Namun sebaik sahaja mereka tiba, kaki ana terus melangkah masuk ke dalam kereta.
Di dalam kereta, ana bertanya kepada diri ana, "kenapa aku naik kereta ni?" Hanya Allah sahaja yang tahu hikmahnya. Kemudian, abang ana bertanya, "Achik, nak pergi beli barang ke?" Ana serba salah. Tujuan ana keluar adalah untuk membeli barang tetapi masa sekarang tidak mengizinkan ana berbuat sedemikian. Utamakan yang paling utama. Kata-kata ini terngiang-ngiang di telinga ana.
"Tak pe lah," ana menjawab pertanyaan abang ana. Di dalam hati ana masih lagi tertanya-tanya kenapa ana mengikut mereka sedangkan kalau ana tidak mengikut mereka, sudah pasti kerja mereka akan jadi lebih senang kerana abang ana tidak perlu berpatah balik ke tempat ana. Huh, ana tidak mampu mencari jawapannya.
“Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: “Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu, tetapi katalah:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka) (9:24)
Sebaik sahaja ana mengingati ayat ini, maka ana mula memahami. Mungkin abang ana berpegang pada ayat ini. Ana tidak terfikir untuk bertanya kepada dia pada malam itu. Mungkin, selepas membaca artikel ini, dia akan menjawabnya :)
Kemudian, kakak ana bertanya kepada ana, "Achik, usrah tadi berapa orang yang datang?" suaranya kedengaran begitu lemah. Mungkin terlalu letih keran baru tiba daripada Terengganu pada pagi itu. "Hmm, tujuh or lapan orang, tak pasti," kemudian, kakak ana mencadangkan cara-cara untuk memastikan ahli usrah ana konsisten dalam menghadiri usrah.
Tidak lama kemudian, kami tiba di rumah sepupu kami. Rumah sepupu ana adalah di tingkat yang paling atas dan tiada lif untuk naik ke sana. Jadi, kami perlu mengangkat barang menuruni tangga. Barang kakak ana agak banyak. Namun, kerana terdapat empat orang yang mengangkat barang, maka barang tersebut dapat diturunkan dengan cepat sekali.
Sekali lagi ana berfikir, kalau ana tiada, mungkin kakak atau abang ana perlu membawa lebih banyak barang daripada yang ana lihat ketika itu. Mungkin barang yang ana turunkan tidak sebanyak dan tidak seberat barang-barang yang mereka bawa tetapi sekurang-kurangnya, ana mampu menyumbangkan walau sedikit tenaga ana pada malam itu.
Begitu juga dalam sebuah masyarakat. Walaupun kita hanya menyumbang sedikit tenaga sahaja dalam sesuatu perkara, yakinlah bahawa sumbangan itu sebenarnya sangat bermakna. Setiap daripada kita ialah orang yang penting dalam masyarakat.
Apabila ana menulis artikel ini, barulah ana tersedar, sebenarnya banyak ibrah yang ana dapat pada malam itu. Walaupun tujuan utama ana untuk keluar tidak tercapai, namun ada perkara lain yang Allah ingin memberi pengajaran kepada ana. Bermula daripada penantian ana, sehingga ana pulang semula ke UIA, banyak perkara yang ana fikirkan, banyak perkara yang ana renungkan.
1 comment:
hmm.. carilah ibrah dlm setiap perkara yg b'laku...
Post a Comment