H.I.J.R.A.H...alhamdulillah, baru-baru ni kita baru sahaja
memasuki tahun hijrah yang baru iaitu tahun 1433 Hijrah. Alhamdulillah Allah
masih lagi memanjangkan umur kita untuk berhijrah pada tahun ini menjadi
seorang muslimah yang lebih baik. Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kita
peluang untuk bertaubat atas segala dosa-dosa kita. Cuba kita bayangkan orang
yang telah pun meninggal dunia, mereka mungkin tidak sempat untuk solat taubat
atau memohon keampunan daripada Allah atas dosa-dosa mereka. Maka, bersyukurlah
kerana kita masih lagi mampu bernafas pasda hari ini, masih lagi sihat untuk
beribadah, melayari internet dan melakukan apa sahaja aktiviti yang ingin kita
lakukan. Alhamdulillah....
Ana pernah menerima satu mesej daripada seorang sahabat ana,
bunyinya begini..
“Apabila bangun tidur,
tanya kepada diri sendiri..’kenapa Allah masih hidupkan aku pada hari ini?’
Jawapan yang dicadangkan oleh Imam Al-Ghazali, ‘kerana dosaku terlalu banyak,
Allah masih izinkan aku (beri masa) untuk aku bertaubat”
Huh, apa perasaan antunna apabila membaca mesej ni? Ana
sendiri bagaikan terpana bila pertama kali membacanya. Why? Bcuz ana tak pernah
terfikir begitu. Ana tidak pernah terfikir bahawa Allah memanjangkan umur ana
kerana dosa ana terlalu banyak dan Dia memberi ana peluang untuk bertaubat.
Kenapa Allah masih memanjangkan umur kita? Wallahu’alam, hanya Dia yang
tahu...tetapi, jawapan yang dicadangkan oleh Imam Al-Ghazali itu boleh
dijadikan peringatan untuk kita agar sentiasa bertaubat atas segala dosa-dosa
kita.
Jadi, sempena tahun baru ini, marilah kita bersama-sama
melakukan hijrah, berhijrah agar kita menjadi seorang yang lebih baik daripada
tahun-tahun sebelumnya.
Amirul Mukminin Abi Hafsh Umar bin Khattab r.a
berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya amal
perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai
dengan niatnya. Barangsiapa yang berhijrah hanya kerana Allah dan RasulNya maka
hijrahnya itu menuju Allah dan RasulNya. Barangsiapa hijrahnya kerana dunia
yang ia harapkan atau kerana wanita yang ingin ia nikahi, maka hijrahnya itu
menuju yang ia inginkan" (Diriwayatkan oleh dua orang ahli hadis: Abu
Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhari
dan Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairy An-Naisaburi, di
dalam kedua kitab tersahih di antara semua kitab hadis) Sumber: Terjemah Hadits
Arba'in An-Nawawi, Hadis ke-1
Marilah kita berhijrah kerana Allah dan Rasulullah agar hijarh kita
menuju kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. moga-moga kita sentiasa di dalam
redhaNya, insyaAllah
No comments:
Post a Comment